in

“Tiba-tiba posting jadi pelik” – Facebook Ella Kena Godam, ‘Share’ Video Tak Senonoh

Facebook Ella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selebriti dan influencer yang mempunyai pengikut yang ramai sudah pastinya akan menjadi target pihak tak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan atau dengan nama lain golongan ini dikenali sebagai hackers.


Hackers atau penggodam membuat perkara sebegini untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang terkenal seperti yang terjadi kepada Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Akaun Facebook Ella tiba-tiba dipenuhi dengan content video yang tidak senonoh dan beberapa lagi video yang tiada kena-mengena dengannya atau kariernya.

Cats 71

Hasil carian, posting terakhir yang dibuat oleh pelantun lagu Permata Biru itu di Facebook adalah pada 6 Julai 2022.

Dalam Instagram peminat Ratu Rock itu @EllasGang, difahamkan pihak pengurusannya akan membuat laporan kepada pihak polis serta memaklumkan isu ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A ‘ S G A N G (@ellasgang)

“27 Julai 2023, jam 6.00 petang, kami mengambil maklum bahawa akaun Facebook rasmi Ella, @Ellaaminuddin telah digodam oleh pihak tak bertanggungjawab,” tulisnya.

Selain itu, Instagram Ella juga tidak dapat diakses buat masa ini, setakat artikel ini ditulis, video-video berkenaan masih belum dipadam dari akaun Facebook tersebut.

Baca: “Batas kena jaga” – [VIDEO] Terlebih Teruja, Video Amir Masdi Peluk Ella Jadi Bualan Netizen

Amir Masdi Peluk Ella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.