in

“Tiba-tiba ia keluar datang dari Paris”- RTM Tersiar Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal, Suhaimi Sulaiman Jelaskan Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Suhaimi Sulaiman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini ketika siaran sukan Olimpik di Paris, stesen televisyen RTM telah secara tidak sengaja menyiarkan perlawanan badminton antara atlet Nepal dan Israel dalam tempoh kurang lima minit di saluran Olimpik 4 RTMKlik.

Ramai penonton yang sempat menonton perlawanan tersebut kecewa dan marah dengan siaran RTMKlik terbabit.


Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman mewakili pihak belakang tabir RTM telah tampil menjelaskan apa yang sebenarnya yang berlaku ketika itu.

Menerusi sebuah video di platform X, beliau menjelaskan pihak RTM telah menjalankan siasatan tentang perkara terbabit.

Artikel Berkaitan: Dituduh Ucap ‘Takziah’ Ketika Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong, RTM Buat Laporan Polis

Artikel Berkaitan: Tersiar Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal, RTM Dakwa Tak Sengaja

Sepatutnya apa yang keluar di saluran Olimpik 4 RTM tersebut ialah perlawanan hoki diikuti dengan judo dan memang tidak ada dalam playlist itu perlawanan badminton. Memang tidak ada langsung.

Tetapi apa berlaku adalah perlawanan hoki itu habis awal manakala perlawanan judo pula belum bermula.

Jadi, ada ‘black’ atau kekosongan slot dalam playlist tersebut dan pihak penganjur Olimpik tidak mahu ada ‘black’ jadi pihak penganjur di Paris siarkan sahaja perlawanan badminton yang ketika itu sedang berlangsungnya perlawanan antara Israel dan Nepal, “ jelasnya.

Namun, Datuk Suhaimi mengakui bahawa staf belakang tabir di unit sukan RTM begitu profesional dan cekap kerana mereka telah membawa turun siaran perlawanan badminton itu dalam masa kurang lima minit dan menukar siaran itu ke acara lain.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak RTM tidak pernah ada niat atau perancangan untuk menyiarkan perlawanan badminton antara Nepal dan Israel itu kepada rakyat Malaysia namun sebaliknya siaran itu tiba-tiba keluar datang dari pihak penganjur dan penyiar utama di Paris yang ingin mengisi kekosongan slot ketika itu.

Sumber: X Suhaimi Sulaiman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.