• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

Tiba-Tiba Didatangi Lelaki Tidak Terurus & ‘Berlumpur’ Satu Badan, Ingatkan Tak Siuman Rupa-Rupanya…

by Sue Idris December 11, 2020, 5:18 pm

ShareTweet
ft accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi perkongsian di Facebook yang viral sejak semalam, seorang anggota polis bantuan di terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) bernama Azizi Azizan menceritakan detik di mana dia didekati seorang lelaki tidak terurus. Katanya, ketika itu dia sangka lelaki tersebut ‘tidak betul’ memandangkan seluruh badannya dipenuhi lumpur.

Namun, rupa-rupanya lelaki itu adalah mangsa kemalangan dan baru sahaja tersedar dari pengsan. Mangsa dikatakan tidak sedar beberapa jam dan berusaha keluar dari kereta yang terjunam ke dalam longkang besar untuk meminta pertolongan.


Malah, mangsa juga berkata dia sudah pengsan selama 3 hari namun sebaik saja ibunya dihubungi dia mendapati mangsa baru saja keluar rumah kelmarin.

lelaki1 1

Menurut Harian Metro, lelaki itu keluar ke Ara Damansara, Petaling Jaya pada hari Rabu dan tidak dapat dihubungi keluarganya selama lebih 24 jam. Baru berniat untuk membuat laporan polis pada hari Khamis, keluarganya dihubungi oleh Azizi Azizan memaklumkan kejadian menimpa mangsa, Afiq Zainudin, 24 tahun. Menurut ibunya,

“Saya menghubunginya enam kali jam 1 pagi semalam (10 Disember) tetapi tidak berjawab dan pada tengah hari pula sudah tidak dapat dihubungi.”

Afiq telah terlibat dalam kemalangan di laluan bulatan menghala terminal LTSAAS, Subang dan telah menyebabkannya pengsan. Sebaik saja sedar dan berjaya keluar dari kereta, Afiq berjalan kaki sejauh 300 meter untuk mendapatkan bantuan di pos kawalan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhampiran terminal.

“Saya terkejut dan sedih atas kemalangan yang menimpa anak saya itu, Afiq masih trauma dan tidak berapa ingat tentang apa yang berlaku. Malah, dia juga rabun dan mungkin hanya mampu berjalan ke depan saja untuk meminta bantuan.”

lelaki2 1

lelaki3

“Berdasarkan maklumat saya terima, kawasan itu sering berlaku kemalangan yang meragut nyawa dan ada juga insiden treler terbalik. Saya berharap pihak berkuasa meneliti lokasi laluan itu untuk ditambah baik supaya tidak berlaku kemalangan serupa.”

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 6.30 petang semalam.

“Mangsa berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan di pos kawalan MAHB berhampiran terminal dalam jarak 300 meter dari tempat kejadian.Kemalangan kenderaan yang terbabas ke longkang itu mengakibatkan tangan kiri mangsa terseliuh dan dirawat di Hospital UITM Sungai Buloh.”

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.facebook.com/100000036166010/posts/3904040372940463/?d=n

 

Baca: “Nenek baru je keluar hospital & makin sembuh” – Bekas Jiran Datang Melawat, Rupa-rupanya Nak Promote Pakej Keranda

keranda3

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • 18 Kali

    “Saya hanya mampu peluk suami” – Isteri Dedah Detik Ngeri Lihat Suami Sendiri Ditemb*k 18 Kali

  • cikgu e

    “Saya hanya mahu terus bernafas” – Hidap 3 Jenis Kanser, Cikgu E Tetap Tabah Demi Keluarga Tercinta

  • MMA

    Tular Pertandingan MMA Libatkan Kanak-kanak, Johan Ghazali Tampil Beri Teguran

  • Bandar Sunway

    ⁠Mayat Tanpa Baju Ditemui Terdampar Di Tepi Sungai Bandar Sunway

  • Syed Saddiq

    Berjaya Habiskan Ironman Dalam Masa Kurang 13 Jam, Syed Saddiq Bawa Pulang RM1 Juta Untuk Kebajikan Rakyat Muar

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • ft mindef

    Program Work-Based Learning: Pengalaman Tentera Kini Diiktiraf Sebagai Diploma

  • collage

    TikTok Perkukuh Usaha Pencegahan Penipuan Dalam Talian di Malaysia dengan Hab Maklumat Pelbagai Bahasa #ThinkTwice

  • collage 37

    Malaysia Di Hadapan Dalam Rangka Hala Tuju Global Perlindungan Sosial Masa Depan

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Babah

    ⁠Filem Babah Bolot 6 Anugerah, Turut Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia 34

  • ft hazeeq dean

    “Saya tidak mahu menafikan, kalau ada yang mengiyakan..” – Hazeeq Dean Jawab Isu Foto Bercumbu Di Photobooth Mall

  • syaz ft 2025 10 29T171134.130

    Tuntutan Karier Di Tanah Air, Zul Ariffin Tak Jadi Pindah Mekah?

  • kamal adli pesanan sayang

    “Kamal loves you” – Netizen Main Peranan, Banjiri Komen IG Uqasha Dengan Pesanan Kamal Adli

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube