Kalau korang lahir pada sekitar tahun 80-an atau 90-an, mesti ada banyak iklan TV yang pernah korang tonton ketika membesar kan.
Sebab waktu tu capaian Internet tak begitu meluas lagi kan, so satu-satunya hiburan untuk kanak-kanak ialah televisyen.
Jom kita throwback sama-sama iklan TV legend yang pernah popular dan ditayangkan di televisyen pada waktu dulu-dulu.
#1 Iklan Fair N Lovely
Iklan produk kecantikan ini memang famous dalam kalangan penonton termasuklah kanak-kanak dan remaja dengan kata-kata ‘Tiap Hari Sayang’ tu.
Ramai yang teringat zaman kanak-kanak tau bila tengok balik iklan ni.
#2 Iklan syampu Sunsilk
Iklan syampu ini pula popular kerana plotnya yang lucu dan romantik yang mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej.
Lagi menarik, iklan ini dibintangi oleh isteri Aliff Syukri iaitu Datin Sri Nur Shahida ketika zaman mudanya dulu. Wah, tak sangka kan Datin dah famous dari zaman dulu-dulu lagi kan.
#3 Iklan Nano-Nano
Lagu dalam iklan gula-gula Nano-Nano ini pula memang catchy. Setiap kali tengok, mesti akan nyanyi sekali.
Agak-agak, ada lagi ke orang jual gula-gula ni sekarang ni?
#4 Iklan Pen Kilometrico
Apa yang paling ramai ingat dengan iklan pen ini ialah ia mampu menulis beribu-ribu perkataan. Lagu iklan ni pun agak catchy jugak kan.
#5 Iklan Tora
Yang ini pula ialah iklan permainan kanak-kanak. Tora merupakan permainan yang dijual dalam kotak. Kanak-kanak pada zaman itu memang gilakan Tora ni sampai ada yang mintak mak ayah belikan lepas tengok iklan ni.
#6 Iklan ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak
Dulu-dulu, kalau batuk je mesti akan ingat dengan ubat batuk jenama ibu dan anak ni kan sebab lirik lagu iklannya yang catchy memang senang untuk dihafal.
#7 Iklan Ayam Goreng McDonald’s
Paling menarik tentang iklan makanan segera kegemaran rakyat Malaysia ini pula ialah ia dibintangi oleh Lisa Surihani ketika zaman remajanya.
Boleh tengok sendiri kecomelan pelakon kesayangan ramai ketika masih muda dulu ini.
https://twitter.com/iffgone/status/1170556051218817025
#8 Iklan Yusuf Taiyoob
Walaupun iklan ni masih boleh dikatakan baru lagi ditayangkan kerana ia disiarkan pada tahun 2011, namun ia kekal legend kerana terkenal dengan bisikan Yusuf Taiyoob.
Sampai sekarang pun ramai lagi yang masih ingat dengan iklan ni tau.
#9 Iklan Ribena Lemon
Iklan minuman ini pun tak kurang hebatnya. Dah macam plot filem Hindustan dah kan.
#10 Iklan Digi
Budak zaman sekarang confirm tak akan tahu tentang kewujudan iklan paling cool yang pernah dibuat oleh syarikat telekomunikasi ini.
Untuk budak-budak zaman sekarang yang belum pernah tengok lagi iklan ni, boleh tonton dulu kat sini.
Iklan dulu-dulu memang terbaik sebab kebanyakannya masih lagi diingati oleh penonton sehingga sekarang.
Sumber: YouTube