in

“Tiada usaha langsaikan hutang” – Hidayah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh

Ali Hutang Hidayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Krisis keluarga melibatkan balu arwah Abam, Siti Norhidayah serta adik iparnya, Ali Puteh dilihat tiada kesudahan sehingga ke hari ini.

Ali Puteh yang berdepan tuntutan saman terhadap Hidayah yang berjumlah RM76,000 didakwa belum lagi melunaskan bayaran itu sebagaimana perintah mahkamah.


Menerusi laporan Harian Metro, Hidayah berkata sudah cukup bersabar dalam menangani masalah hutang itu dan dia pun sudah memberi tempoh yang panjang kepada pihak Ali untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

“Sudah beberapa kali arahan dari mahkamah, termasuk peguam saya meminta pihak sana (Ali) menyelesaikan bayaran RM76,000 yang saya menang dalam kes saman pada 18 Februari, tahun lalu.

“Tapi, pihak sana masih lagi degil, dan melanggar perintah mahkamah. Malah, tiada usaha dan inisiatif dilakukan untuk melangsaikan hutang piutang itu kepada saya,” katanya.

Malah, kakak Ali juga sehingga hari ini masih lagi tidak melunaskan bayaran RM2,000 sebagaimana yang diperintahkan mahkamah selepas kalah saman terhadapnya.

Sehubungan itu, Hidayah akan mengambil tindakan undang-undang yang lebih berat sekiranya pihak sana masih berdiam saja.

“Sebelum ini, saya masih berbaik hati dan bertimbang rasa untuk memberi ruang dan masa padanya untuk menyelesaikan hutang ini. Tetapi, dia tidak memandang serius perkara ini dan tindakan susulan perlu saya buat.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang susulan yang lebih berat agar pihak sana dapat menjelaskan hutang piutang ini dengan kadar segera kerana saya tidak mahu ada timbul apa-apa masalah yang berhubung kait dengannya lagi selepas ini,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Hidayah memuat naik hantaran menegur pelawak itu agar membayar hutang kes saman selepas melihat perniagaan sambal petai dan jering berlado adik iparnya itu semakin maju.

Baca: “Awak masih BERHUTANG” – Hidayah ‘Sound’ Ali Puteh, Bisnes Makin Laris Tapi Saman Tak Bayar?
Hidayah Tuntut Ali Bayar Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.