in

Tiada Pelaburan Dari Apple, Menteri Indonesia Larang Penjualan iPhone 16

1Indo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia tidak membenarkan syarikat teknologi gergasi, Apple untuk menjual model telefon pintar terbahrunya, Iphone 16 di negara itu selagi syarikat berkenaan tidak memenuhi komitmen pelaburannya.

Memetik laporan Tempo, perkara itu diumumkan oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita baru-baru ini.


Screenshot 2024 10 12 At 12.02.41 Pm

Pada masa ini, Apple masih belum memenuhi komitmen pelaburannya di negara ini dan memperbaharui pensijilan keperluan tempatan, dikenali sebagai TKDN.

Agus berkata Apple telah gagal mencapai komitmen pelaburannya kepada Indonesia, di mana realisasi pelaburannya hanya mencecah IDR1.48 trilion atau kira-kira RM405.76 juta daripada jumlah komitmennya sebanyak IDR1.71 trilion (bersamaan kira-kira RM467.5 juta).

Pensijilan TKDN Apple telah tamat tempoh dan untuk syarikat itu dibenarkan memperbaharuinya, syarikat itu mesti merealisasikan komitmen pelaburannya dan juga pelaburan tambahan.

Screenshot 2024 10 12 At 12.02.21 Pm

Tambah Agus,  selepas komitmen pelaburan ini dipenuhi, Apple akan layak mendapat nilai TKDN sebanyak 40%, sekali gus membolehkan kemasukan Siri iPhone 16 dan produk Apple lain ke pasaran Indonesia.

Rakyat Indonesia mesti membayar cukai untuk telefon pintar yang diimport dan mendaftarkan peranti tersebut untuk dapat menggunakannya dengan rangkaian tempatan

 

Baca: “Alasan takde duit, esoknya beli iPhone” – Kenal Dekat Matchmaking, Wanita Merana Suami Culas Bagi Nafkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.