2 hari lagi sebelum menjelang PRU15, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak mereka yang dijangkiti Covid-19 menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walau bagaimanapun memaklumkan bahawa mereka terpaksa akur dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung ketiadaan laluan khas untuk pembuangan undi bagi individu positif Covid-19 pada PRU15 ini, lapor Sinar Harian.
Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin berkata, beberapa peringkat perbincangan juga sudah diadakan antara kementeriannya dengan SPR sebelum ini.
Kita tidak boleh ada laluan khas untuk pesakit positif Covid-19,” katanya dalam satu sidang akhbar semalam.
Tambah Khairy lagi, laluan khas itu tak dilaksanakan kerana ia mengambil kira beberapa kekangan seperti sumber, ruang dan tenaga kerja.
Katanya lagi, semua SOP mengenai individu pesakit Covid-19 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Melalui aplikasi MySejahtera, KKM dpt mengenal pasti pengundi yg masih positif atau baharu dikesan positif COVID-19 pd hari mengundi. Petugas kesihatan akan ditempatkan di Pusat Pembuangan Undi bagi menyelaras urusan pembuangan undi pengundi positif COVID-19. #PRU15KitaJagaKita pic.twitter.com/iINZIbkC1Q
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 16, 2022
Garis panduan bagi pengundi positif Covid-19
Sebelum ini, KKM pernah menggariskan langkah-langkah untuk pesakit Covid-19 mengundi tapi tak dinyatakan pula mengenai saluran, lorong atau zon mengundi yang spesifik di dalam pusat.
Antara keperluan yang digariskan termasuklah penutupan wajib bagi pengundi yang dijangkiti Covid-19 apabila membuang undi di pusat mengundi.
Pengundi lain juga pada masa yang sama digesa memakai mask ketika berada di pusat mengundi dan di kawasan sesak.
Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, adalah dibenarkan mengundi pada #PRU15.
Beberapa langkah perlu diambil oleh Pengundi Positif COVID-19 sebelum keluar ke tempat mengundi. Dikongsikan senarai semak tersebut.#PRU15KitaJagaKita pic.twitter.com/WydLRWbsBg
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) November 17, 2022
Pengundi yang positif juga tak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuklah perkhidmatan e-hailing untuk keluar mengundi.
Mereka juga perlu terus pulang ke rumah untuk kuarantin selepas membuang undi.
Apa-apapun diharapkan korang di luar sana jangan panik dan ikuti langkah yang ditetapkan KKM dan pusat mengundi masing-masing. Yang penting pakai mask dan jaga SOP serta jalankan tanggungjawab korang sebagai rakyat Malaysia.
Baca: [TERKINI] Calon PH Padang Serai M. Karupaiya Meninggal Dunia Sebelum Hari Mengundi PRU15