Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial tentang isu yang tular baru-baru ini melibatkan ‘Non-Halal Lift’ di sebuah hotel yang berada di Kuala Lumpur, di mana Siti Kasim mempersoalkan kewujudan lif tersebut.
Pihak hotel kemudian menerangkan bahawa, antara sebab kenapa lif itu dijadikan ‘non-halal lift’ adalah untuk menepati syarat permohonan sijil halal bagi hotel itu.
Walaubagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan jawapan mengenai isu ini.
Tiada klausa dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020, yang menetapkan hotel atau mana-mana premis perlu menyediakan lif untuk barangan ‘non-halal’.
Namun, JAKIM memaklumkan hotel atau premis boleh menetapkan cara-cara yang selaras dengan prosedur yang ditetapkan untuk menjaga integriti Pensijilan Halal Malaysia.
Jakim merujuk laporan media yang melibatkan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menyediakan ‘non-halal lift’ untuk penerimaan bahan mentah hotel itu.
Susulan isu tersebut, pihak JAKIM memaklumkan bahawa tiada peraturan khusus yang ditetapkan oleh pihaknya untuk menyediakan lif asing bagi mengendalikan barangan ‘non-halal’.
JAKIM juga menafikan yang pihaknya menetapkan arahan untuk membuat penandaan ‘non-halal lift’ di premis tersebut seperti yang didakwa.
Pihak pengurusan hotel tersebut telah tampil memberi penjelasan pelekat itu ditampal untuk lif berkenaan yang hanya digunakan untuk membawa barangan tidak halal dan barang mudah rosak, lapor Kosmo.
Admin rasa ini mungkin inisiatif yang diambil oleh pihak hotel untuk melancarkan proses permohonan sijil halal..
Baca : Siti Kasim Persoal Kenapa Hotel Di Ibu Negara Ada Lif ‘Non-Halal’, Rupanya Sebab…