Kalau makan nasi lemak, macam tak lengkap pula kalau tiada telur rebus dan telur mata. Kalau telur mata tu kuning telur dia cair lagi sedap kan.
Namun, seorang individu di Jepun ini pula terkejut apabila telur rebus yang mahu dimakan olehnya tiada bahagian yang berwarna kuning.
Ini kerana bahagian kuning telur atau egg yolk yang sepatutnya berwarna kuning menjadi warna putih.
Memetik laporan Must Share News, individu itu terkejut setelah melihat keadaan telur rebus ini setelah dikupas.
Gambar telur rebus itu telah dikongsikan di platform X oleh akaun tsudajunko.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tetamu Homestay ‘Check-out’ Tinggalkan Sepapan Telur, Owner Terkejut Jumpa Anak Itik Menetas
Artikel Berkaitan: “Jangan cuci telur sebelum simpan” – Dr Malar Kongsi 2 Cara Terbaik Untuk Simpan Telur Dalam Peti Sejuk
Walau bagaimanapun, menurut individu tersebut, rasa telur tersebut sama sahaja seperti telur rebus biasa yang mempunyai kuning telur berwarna kuning.
Difahamkan, dia telah membeli telur tersebut di sebuah pasar di Okinawa, Jepun.
Seorang lagi pengguna X turut berkongsikan masakannya yang menggunakan telur yang kuning telurnya berwarna putih.
Difahamkan, warna egg yolk itu bukan berwarna kuning sebaliknya berwarna putih kerana ayam telah diberi makan nasi sahaja.
Ini kerana difahamkan juga, warna kuning telur adalah dipengaruhi oleh jenis makanan yang dimakan oleh ayam.
@easyhealthdaily Egg yolk color #cookingtipsandtricks #eggyolk #cookingbreakfast #foodsafety #foodfacts #didyouknow #randomfacts
Sumber: Must Share News