Hujung minggu lalu, viral di media sosial apabila seorang usahawan disimbah air sirap ketika sedang membuat Facebook (FB) Live di sebuah restoran.
Kena simbah masa tengah live
Dalam video itu, usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Eein itu sedang berinteraksi dengan pengikutnya sebelum di tegur oleh salah seorang pelanggan kerana terlalu lantang, suasana menjadi lebih tegang apabila pelanggan itu menyerangnya selepas pengasas itu bertutur dengan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas ditegur.
Biarpun tindakan lelaki itu tidak wajar, namun ramai netizen memihak kepadanya kerana tindakannya itu terlalu lantang sehingga mengganggu orang lain.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1314736272171180033
Susulan kejadian itu, pemilik restoran kejadian tampil bersuara dengan memuat naik video rakaman ketika kejadian dari sudut lain dan membuat permohonan maaf atas kekecohan yang berlaku.
https://www.facebook.com/113335980122257/videos/3938895419460503/
I believe this is fake! – Caprice
Lantang dalam menyuarakan pendapat di media sosial, Caprice juga turut terpanggil untuk memberikan respon ekoran dengan penularan video tersebut.
Bagi Caprice, dia percaya bahawa video ini adalah lakonan semata-mata, hanya sekadar strategi pemasaran seperti mana yang dilakukan oleh pengasas-pengasas produk yang lain untuk mendapatkan perhatian ramai.
Dalam penjelasannya menerusi Instagram, lelaki yang menyerang pengasas itu menggunakan air sirap. Ia menjadi pertikaian Caprice.
Samseng mana order air sirap, mana ada. Yang akan order air sirap adalah budak-budak, makcik, sotong”
Malah, hasil penelitian netizen Caprice menjelaskan semula di Instagram dengan menyatakan bahawa lelaki yang menyerangnya itu adalah seorang pelakon freelance.
https://www.instagram.com/p/CGKRwRlBw7-/
Malah, kalau diperhatikan dalam rakaman video daripada pihak kedai, akan ternampak sedikit rakaman yang pengasas itu tersenyum semasa jatuh kebawah.
Tak tahulah fake atau betul, cuma kita patut ambil contoh untuk jaga adab apabila berada di tempat umum.
Baca : “Biadap!” – [VIDEO] Pemandu Simbah Air Milo Pada Jurutol, Dakwa Berang Tak Dapat Top Up Kad Prabayar

