in

“The power of makeup” – Cantik Persis Watak Anime, ‘Cosplayer’ Ini Sebenarnya Lelaki Berusia 30 Tahun

Feature 4 1 E1615608658110

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cosplay merupakan hobi bagi sesetengah orang. Tidak kira lah sama ada mereka meminati anime atau mana-mana filem, peminat cosplay ini akan mencari cara bagaimana untuk menyerupai watak kegemaran mereka. Kreatif dan berseni pulak tu dorang ni. 

Sekilas pandang, tiada yang pelik dengan cosplay yang digayakan oleh wanita ini. Namun, jangan terkejut sebab ‘wanita’ ini sebenarnya lelaki, lapor Oddity Central.


Cosplay 2

Lelaki yang dikenali sebagai Minato ini merupakan seorang pekerja pejabat yang juga meminati cosplay. Berusia 30 tahun, dia gemar menggayakan kostum cosplay wanita. Sekali tengok, memang takkan terfikir pun yang dia ni lelaki. 

Dengan menggunakan makeup dan aksesori seperti payudara prostetik, Minato boleh bertukar menjadi orang yang berbeza. Difahamkan, minatnya dengan kostum ini bermula sekitar empat tahun lalu. Dia selalu fikir idea-idea yang menarik untuk menyerupai watak kegemarannya.

Jadi, suatu hari, dia ke salon kecantikan di Akihabara, Tokyo untuk mencuba makeup. Setelah ditatarias, Minato suka dengan transformation wajahnya jadi dia mula mempelajari teknik memakai makeup.

Cosplay 3

Minato mengatakan dia sering bereksperimen dengan pelbagai produk dan teknik kecantikan, lapor Maidona News. Walaupun ada yang kadang-kadang tak menjadi, namun lama-kelamaan, skill makeup dia pun dah semakin baik.

Selain mekap, lelaki ini juga menggunakan teknik tertentu seperti memakai rambut palsu, stokin wanita dan digital processing untuk menampakkan ilusi yang diinginkan.

Sebelum ini, Minato telah menarik perhatian ramai selepas gambar kolajnya yang memakai baju kerja dan gambar memakai kostum wanita dimuat naik di Twitter. Gambar tersebut tular di media sosial lain dan media tempatan Jepun.

Sumber: Oddity Central, Maidona News

Baca: Kreatif! Peminat Cosplay Tarik Perhatian Netizen Dengan Menggayakan Kostum Walaupun Memakai Hijab 

Cosplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.