The Music Run Kuala Lumpur kembali lagi tahun ini. Kali ini lebih istimewa kerana ia menandakan ulang tahun ke-10 acara larian paling dinanti-nantikan. Pada 17 Mei 2025, Stadium Nasional Bukit Jalil akan bertukar menjadi festival muzik yang penuh dengan aktiviti menarik. Sejak pertama kali dianjurkan, The Music Run telah menjadi acara pilihan ramai kerana konsepnya yang unik, iaitu larian sambil diiringi muzik dari awal hingga akhir.
Larian Paling Hype Dengan Muzik Sepanjang Laluan
Korang nak tahu tak apa yang buat The Music Run ni lain daripada larian biasa? Setiap langkah korang akan diiringi dengan muzik yang dipasang melalui speaker besar sepanjang trek. Tak kisahlah korang lari, jogging atau jalan santai, vibe dia tetap macam festival muzik! Suasana memang confirm meriah dengan lagu-lagu yang akan buat korang bersemangat dari mula sampai habis.
Lepastu, acara ni sesuai untuk semua orang tau! Gen-Z, millennials dan orang berkeluarga pun boleh join. Kalau korang jenis suka bersenam tapi tak nak yang terlalu serius, The Music Run ni memang pilihan terbaik.
Ada konsert jugak!
Sebagai acara khas sempena ulang tahun ke-10, The Music Run Kuala Lumpur 2025 menjanjikan pengalaman yang lebih meriah dengan persembahan daripada barisan artis terkenal. Acara selepas larian akan menampilkan DJ terkenal Malaysia, BLINK, yang akan menghidupkan suasana dengan muzik bertenaga. Selain itu, penyanyi R&B Alex Ungku serta bintang yang semakin meningkat naik, Claudia, juga akan membuat persembahan bagi memeriahkan lagi acara ini.
Sepanjang program, TMR E-Squad akan turut menghiburkan peserta dengan persembahan interaktif bagi memastikan momentum dan semangat kekal tinggi sehingga penghujung acara.
Join cepat sebelum tiket habis!
Kalau korang memang nak join parti paling fit tahun ni, jangan tunggu lama-lama. Super Early Bird dan Early Bird tickets dah SOLD OUT! Sekarang Regular tickets pun tengah laris gila, jadi kalau korang tak nak terlepas, cepat-cepat beli di website The Music Run Kuala Lumpur 2025 sebelum habis!
Setiap pembelian tiket akan dapat Run Pack yang termasuk:
- Event T-Shirt
- Drawstring Bag
- Foam Glow Stick
- Run Bib
- Tattoo Sticker
- Finisher Medal
Jangan tunggu last minute sebab harga tiket akan makin naik! Jadi, cepat secure slot korang sekarang untuk sertai edisi ulang tahun ke-10 The Music Run Kuala Lumpur 2025 yang bersejarah ni.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi mereka dan follow di media sosial:
Facebook | Instagram | YouTube | Spotify
Mark kalendar korang – 17 Mei 2025, Stadium Nasional Bukit Jalil. Bersedia untuk lari, menari dan enjoy muzik dalam satu event yang korang takkan lupa!