in

The Crackhouse Comedy Club Diserang, Jadi Tempat Vandalisme Orang Tak Dikenali

ft kelab komedi kena simbah cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

The Crackhouse Comedy Club telah ‘diserang’ dengan percikan cat merah pada beberapa hari selepas pihak polis berkata mereka sedang menyiasat co-founder Rizal van Geyzel atas dakwaan menghasut.

Kelab yang terletak di tingkat dua deretan rumah kedai di Taman Tun Dr Ismail itu dilihat mengalami kerosakkan disebabkan cat yang disimbah, sisa cat juga boleh dilihat di jalan di hadapan bangunan.


FYAalosakAEgZCv

Malah, poster di dinding di bahagian tangga untuk menuju ke kelab itu turut dirosakkan. Selain itu, sebahagian daripada cawangan Hong Leong Bank yang terletak di sebelah juga terkena tempias cat hitam.

Bagaimanapun, The Vibes melaporkan seorang pekerja bank memberitahu sumber The Vibes bahawa polis telah datang ke kawasan itu pada waktu pagi.

FYAaonDagAMTEJk

Untuk rujukan, Rizal, 39 telah disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

FYAaooQagAAaWTB

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha polis persekutuan Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, polis berkata penahanan pada 14 Julai itu adalah untuk membantu siasatan terhadap dua video yang diambil di sebuah kelab komedi.

Baca : “Saya rasa jijik” – Afdlin Shauki Ubah Pendirian, Enggan Beri Sokongan Lagi Pada Kelab Komedi 

page afdlin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.