in

The BTS Effect: Bagaimana BTS Menaikkan Ekonomi Korea Selatan Dengan Mendadak

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak mengenali BTS di Malaysia? BTS atau Bangtan Sonyeondan merupakan merupakan kumpulan pertama yang mempunyai tiga album yang menduduki carta No.1 dalam tahun yang sama. Kejayaan ini kali terakhir berjaya dilakukan oleh The Beatles.

Bukan itu sahaja, BTS juga berjaya membuat pesembahan di stadium terbesar yang memegang detik bersejarah di dalam sejarah muzik. Di luar dunia muzik, BTS menggunakan populariti mereka untuk melancarkan kempen global ‘Love Yourself’ untuk memerangi keganasan dan kekerasan.


Bts 1

Kerja-kerja ini telah membolehkan mereka memberi ucapan di PBB sebagai duta global UNICEF. Malah, majalah TIME menggelarkan mereka sebagai ‘Pemimpin Generasi Seterusnya’. Jika mahu disenaraikan semua kejayaan BTS, boleh penat mata kita semua membacanya.

Namun tahukah anda, pengkaji telah menyedari bahawa impak BTS bukan sahaja terhad kepada muzik dan kerja-kerja kemanusiaan, malah ia mempengaruhi Korea Selatan dan membawa budaya negara itu ke seluruh dunia.

Beberapa institusi telah menyediakan data dan menunjukkan bahawa ‘The BTS Effect’ telah menyumbang kepada Korea Selatan dari segi budaya, ekonomi dan industri.

1. Kesan ekonomi melebihi 5.5 Trilion Won (RM20 bilion) pada setiap tahun

Bts 1 1

Pada Disember 2018, Institut Penyelidikan Hyundai (HRI) melaporkan BTS telah menjana sekitar RM14.8 bilion dalam setahun untuk ekonomi Korea Selatan. Jumlah ini adalah bersamaan dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Statista berkenaan pendapatan syarikat, sumbangan BTS kepada KDNK Korea Selatan adalah hampir sama dengan syarikat penerbangan Korean Air.

2. Kesan Ekonomi oleh ‘Dynamite’ duduki tempat pertama dalam carta Hot 100

Laporan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan serta Institut Kebudayaan dan Pelancongan Korea pada tahun 2020 telah menunjukkan kesan ekonomi selepas kemasukan BTS ke dalam Billboard Hot 100 dengan dengan lagu ‘Dynamite’.

Bts Photo

Mereka menganggarkan kesan ekonomi sebanyak 1.7 trilion Won, dengan 1.23 trilion Won dalam sektor pengeluaran. Malah, dianggarkan sebanyak 7,928 pekerjaan telah dicipta dengan kemasukan lagu Dynamite ke dalam carta Hot 100.

3. Peningkatan eksport barangan barang pengguna Korea Selatan

Gettyimages 1097661412

Populariti BTS turut berjaya meningkatkan daya tarikan produk Korea Selatan, seperti barangan kosmetik, pakaian dan makanan. Laporan pada Disember 2018 menunjukkan BTS menyumbang 1.7 peratus kepada jumlah eksport barangan pengguna Korea pada tahun 2017.

4. Peningkatan saham pelaburan untuk agensi hiburan

Pada tahun 2016, China telah mengenakan larangan THAAD. Larangan ini telah memberi kesan kepada syarikat hiburan kerana China adalah salah satu negara utama bagi industri hiburan Korea Selatan dari segi pelaburan dan eksport.

Bagaimanapun disebabkan BTS, saham pelaburan syarikat hiburan bertambah baik dan kini mereka telah memberi tumpuan kepada pasaran Amerika dan Eropah.

Kredit: Medium

BACA: ARMY Luar Biasa! Peminat BTS Indonesia Kumpul Lebih RM130k Buat Mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan

Cats 23

Sumber: DW
Sumber: Daily Trojan
Sumber: Cosmopolitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.