in

“The best person in the world” – Takahara Suiko Umum Dah Bercerai Dengan Anwar Hadi

ft takahara anwar hadi bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir 7 tahun mendirikan rumahtangga, satu pengumuman mengejutkan dibuat oleh penyanyi Takahara Suiko atau nama sebenarnya Izzaty Khalit menerusi Instagram miliknya semalam setelah penyanyi Tenangkan Bontot Anda itu telah bercerai dengan Anwar Hadi.

 

“We are better off as friends”


Kata Takahara, penceraiannya dengan YouTuber terkenal itu dilakukan secara baik. Ia adalah kata sepakat antara kedua belah pihak dan segala urusan berjalan dengan lancar, malah, Takahara juga menjelaskan mereka masih akrab ketika proses penceraian biarpun ada rasa sedih tersemat dalam hati kecilnya.

“Ketika proses, kami masih lagi buat lawak antara satu sama lain, berborak macam hari-hari biasa.”

Screenshot 2022 07 20 114548

“Mestilah ada menangis, gila tidak. Tapi menjalani terapi secara individual telah membantu saya untuk fahami keperluan dalam sesuatu keadaan itu.”

Tambah Takahara, biarpun hubungan mereka masih baik sebagai kawan, adalah lebih baik untuk tidak meneruskan lagi hubungan romantis bersama bekas pasangannya itu kerana masing-masing mempunyai pandangan berbeza mengenai hubungan.

https://www.instagram.com/p/CgKa32NPLAu/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

“Tetapi hubungan percintaan itu terpaksa ditamatkan kerana ia adalah jalan terbaik. Kami mempunyai visi yang berbeza tentang bagaimana rupa hubungan, dan kami mempunyai alasan yang berbeza apabila kami semakin dewasa.”

Takahara juga menjelaskan biarpun berpisah, jauh dari sudut hatinya mencintai Anwar,  tapi dia perlu ‘lepaskannya’

“Saya ambil masa untuk proses semuanya sebelum ini, tapi saya cintakan dia sangat dan saya tak boleh pentingkan diri saya sendiri, jadi saya kena lepaskan dia pergi. Awak semua jangan sedih (atau sekurang-kurangnya diri saya) mengakhiri perkara ini dengan cara baik.”

Screenshot 2022 07 20 114459

“Saya akan berjuang untuknya, sesiapa yang berani memburuk-burukkannya atau menyakitinya, saya akan bagi penumbuk.”

“Tetapi jika anda mempunyai Anwar dalam hidup anda, dia akan menjadi suara anda. Dia seorang yang baik hati yang memancarkan kebaikan dan berhak mendapat kebaikan.”

Jenakanya mungkin mengambil masa untuk anda faham tetapi sebaik sahaja anda ‘dapat tangkap’ anda sedar dia kelakar dan cerdik. Dia juga sangat bijak jadi jangan menilai dia dengan persona meme bodohnya.”

Screenshot 2022 07 20 113804

“Saya gembira kerana kita masih  kawan. Kami akan tetap menyayangi satu sama lain. Dan sebaiknya kita berpisah.”

Katanya, kenyataan ini dibuat susulan dengan berbagai soalan diterima menerusi DM dan secara umum. Untuk rekod, Anwar Hadi dan Izzaty telah berkahwin pada 5 Disember 2015.

Baca : “Itu je saya boleh buat” – [VIDEO] Ibu Bapa Dah Bercerai, Gadis Hanya Mampu Kirimkan Bunga Kepada Ayah Sempena Hari Bapa

cats 84

Sumber: malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.