Hari ini, tular sebuah video dan gambar yang memaparkan sebuah kereta Tesla Cybertruck terbakar di hadapan hotel milik Presiden Donald Trump di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Syerif Las Vegas, Kevin McMahill, kenderaan elektrik itu dilaporkan berhenti di hadapan pintu kaca Trump International Hotel sebelum berlaku letupan besar yang menyebabkan kenderaan itu terbakar.
Artikel berkaitan: Jadi Mangsa Buli Siber, Petinju Algeria Saman Elon Musk, J.K Rowling & Beberapa Tokoh Lain
Artikel berkaitan: Tesla Sedang Dalam Kerugian, Tapi Malaysia Tidak Terjejas – PMX
Difahamkan, terdapat seorang mangsa yang meninggal dunia di dalam trak itu, manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan.
Susulan tularnya insiden tersebut, Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk menerusi hantaran X memberikan respon dan menafikan letupan itu berpunca dari kenderaan itu sendiri.
We have now confirmed that the explosion was caused by very large fireworks and/or a bomb carried in the bed of the rented Cybertruck and is unrelated to the vehicle itself.
All vehicle telemetry was positive at the time of the explosion. https://t.co/HRjb87YbaJ
— Elon Musk (@elonmusk) January 1, 2025
Sebaliknya, letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar atau bom yang dibawa di ruang belakang Cybertruck tersebut.
Dalam pada itu, Elon Musk menyatakan seluruh pasukan kanan Tesla sedang menyiasat kejadian itu, selain memaklumkan belum pernah ada kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini.
Pihak polis juga memaklumkan mereka masih berusaha untuk mengenal pasti punca letupan terbabit.
Sumber: X, Harian Metro