in

Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Syaz Ft 2024 06 27T104541.934

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu seragam kontinjen Malaysia untuk Olimpik Paris yang bakal diadakan akhir bulan Julai ini menjadi bualan hangat dek kerana rekaannya yang dikatakan tampak ‘murah’ dan tidak berprestij.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagaimanapun difahamkan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi pakaian rasmi Malaysia yang ‘lebih baik’ untuk temasya sukan itu.


Artikel berkaitan: “Bukan peruntukan daripada kerajaan tapi ihsan penaja” –  Isu Baju Kontinjen Negara, MOM Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Menerusi laporan New Straits Times, MOM akan bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex untuk mereka bentuk pakaian baharu secara eksklusif untuk atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris.

“MOM kini sedang menyelesaikan masalah ini dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif hanya untuk atlet.

Jumlah terhad akan dihasilkan untuk anggaran dalam 25 orang atlet,” kata sumber itu.

Walau bagaimanapun, ahli kontinjen lain termasuk jurulatih, kakitangan sokongan dan pegawai akan terus menggunakan seragam yang menjadi bualan hangat itu.

Sebagai info, setakat ini, seramai 22 atlet telah layak ke temasya sukan pelbagai acara itu.

Sebelum ini, pakaian yang menggunakan tema emas dengan jalur harimau itu bertujuan untuk mencerminkan usaha Malaysia untuk meraih pingat emas di Paris.

Pun begitu, peminat sukan tempatan merasakan rekaan itu sangat hodoh, kelihatan ‘murah’ dan ketinggalan zaman berbanding rekaan seragam sebelum ini.

Sumber: New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.