in

Teruja Nak Buat Agar-Agar Jagung, Sekali Terletak Suhun

Cats 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di pasar raya, banyak produk yang hampir serupa dengan produk yang lain kerana pembungkusan yang hampir sama. Sebagai contoh, ada yang pernah tertukar di antara botol kicap dan botol air Sarsi, hanya kerana botol dan bungkusan yang sama.

Namun, lain pula kisahnya buat seorang wanita yang tertukar di antara agar-agar dan suhun. Menerusi sebuah video berdurasi selama 15 saat, wanita ini berkata dia mahu membuat agar-agar jagung dan ini adalah kali pertama dia melakukannya.


1 5

Bagaimanapun, wanita ini mendapati agar-agar yang diletakkan di dalam larutan air tidak cair. Pada mulanya, dia menyangka agar-agar memerlukan masa yang sedikit lama untuk cair, namun ia masih tidak hancur meskipun sudah dipanaskan dalam masa yang lama.

Sejurus itu, wanita ini menuang larutan tersebut ke dalam bekas yang lain, namun mendapati agar-agar tersebut masih belum cair seperti yang disangka. Selepas berfikir seketika, barulah dia menyedari bahawa itu adalah suhun.

Jelas wanita ini, bungkusan yang dibeli tidak menyatakan itu adalah suhun. Ini membuatkan dia menyangka itu adalah agar-agar kerana rupa kedua-dua bahan ini adalah hampir sama.

@nasilemakmalam17

tak tahu la nak nangis ke nak gelak. agar agar jagung jadi jagung +suhun masak lemak manis 🥲#makan #suhun #puding #redvelvet #donatsusu #fyp #fypdongggggggg

♬ Titanic flute fail – kate dwyer

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ramai warganet boleh memahami apa yang dialami oleh wanita tersebut. Menurut seorang wanita, dia pernah masak lauk labu masak lemak, namun terletak agar-agar.

“Senasib kita sis. Saya buat labu masak lemak and try tambah suhun tapi rupa2 tu agar2. Saya try makan jugak tpi nasi saya pon jadi agar… Agar-agar nasi”, kongsi seorang wanita.

Siapa yang pernah terkena macam ni?

Kredit: jemahkecam

BACA: Penduduk Panik Nasi Kenduri Tetap Tak Masak Walaupun Selepas 7 Jam

Screenshot 2023 08 20 130902

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.