in

Tertipu Dengan Iklan AI, Nenek Tua Dari Perlis Datang Nak Beli Ubat Mata Dengan Ustaz Wadi Annuar

nenek tua ustaz wadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pendakwah terkemuka, Ustaz Wadi Annuar mendedahkan bahawa seorang nenek tua telah menjadi mangsa kepada penipuan iklan yang dijana melalui kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ustaz Wadi, situasi itu amat menyedihkan apabila nenek tua yang bertongkat tersebut datang dari Perlis ke sekolah milik ustaz yang terletak di Sungai Petani hanya kerana ingin membeli ubat sakit mata yang kononnya dijual pendakwah tersebut.


Nenek itu memberitahu bahawa dia percaya video iklan yang dibuat dengan AI itu adalah benar-benar daripada Ustaz, padahal ia palsu. 

“Kejadian ini sangat menyedihkan kerana menipu dan menganiaya orang tua yang tidak bersalah.

“Selain itu, ramai juga yang menghubungi Ustaz Wadi untuk mengadu bahawa produk seperti buah aprikot yang mereka beli tidak sama langsung dengan apa yang kononnya dipromosikan,” katanya.

Artikel berkaitan: Isu Balik Raya Di Kampung Tapi Tidur Di Hotel, Ini Ulasan Ustaz Wadi Annuar

Artikel berkaitan: Ustaz Wadi Jawab Persoalan Kenapa Tak Kahwin Lagi, Rupanya Pernah Bernikah Pada Tahun 2009?

Jelasnya lagi, ramai yang dikatakan terpedaya dengan video tersebut kerana dipaparkan seolah-olah Ustaz Wadi yang bercakap mempromosikan buah aprikot, ubat sakit mata, air Nabi, ubat sakit lutut dan sebagainya.

Walhal, semuanya adalah hasil janaan AI lip-sync yang digunakan supaya gerakan bibir kelihatan selari dengan ucapan dan menjadikan video itu kelihatan asli.

Tambahnya lagi, meskipun sebahagian produk itu memang wujud dan sampai ke tangan pembeli, namun ia bukanlah produk yang dijual dan dipromosikan Ustaz Wadi.

2017 SB191117HQ034 1650526139

Semua iklan itu adalah palsu dan dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami menasihatkan semua supaya berhati-hati dan semak dengan sumber rasmi Ustaz Wadi Annuar sebelum mempercayai sebarang iklan, supaya tidak terpedaya.

“Kepada pihak yang membuat scam ini, ingatlah, menipu orang lain tidak mendatangkan kebaikan dan keberkatan. Hentikan perbuatan ini dan gunakan tenaga untuk perkara yang bermanfaat,” katanya.

Ustaz Wadi juga berharap perkongsian ini disebarkan agar ia dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa daripada penipuan itu.

Sumber: Facebook

Sumber: eCentral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.