Siapa tak kenal Jebat Jayden, anak kepada pelakon terkenal Shaarnaz Ahmad? Gelagatnya yang bersahaja dan petah berkata-kata selalu mencuri perhatian netizen. Selain itu, Jebat Jayden juga seringkali muncul dalam beberapa iklan produk bersama ibunya, Noor Nabila.
Baru-baru ini, sekali lagi Jebat Jayden membuat netizen geli hati apabila dia bersama ibunya berlakon dalam iklan produk kambing perap, Pak Mat Western bersama Puteri Sarah Liyana serta dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Pickup line Jayden
Dalam iklan Pak Mat Western itu, mereka berlakon dalam beberapa situasi yang mana Jayden pada awalnya dia mengorat Sumayyah dengan cara membantu mengangkat botol air milik Puteri Sarah. Dengan senyuman manisnya, Jayden berkata kepada Sumayyah,
Nak tengok masa depan awak tak?
Situasi yang lain, Jayden sekali lagi memberi pickup line kepada Sumayyah kononnya dia boleh mencuci baju Sumayyah.
Saya boleh cuci baju awak.
Artikel berkaitan: “Sebijik macam baba dia!” – [VIDEO] Netizen Cair Tengok Gelagat Jebat Jayden Sembang Dengan Mommy
Artikel berkaitan: “Dah ada green light” – Netizen Puji Sikap Noor Nabila, Rapat Dengan Teman Wanita Sharnaaz
Masak untuk bakal bini
Dengan gayanya menyeluk tangan di dalam poket, Jayden berjalan menghampiri ibunya dan meminta untuk masakkan hidangan daripada jenama Pak Mat Western.
Boleh tak mummy masak Pak Mat Western untuk bakal bini baby.
Kemudian, Noor Nabila dan Jayden berada di dapur untuk masak meatball dan kambing perap Pak Mat Western. Jayden berkata dia mahu makan bersama Sumayyah.
Mummy jangan makan tau. Sebab baby nak makan dengan Sumayyah.
“Nak Sumayah, Lamborghini satu”
Walau bagaimanapun abang kepada Sumayyah, Syaikhul mengusik Jayden yang dari tadi asyik tackle Sumayyah. Kata Syaikhul, jika mahukan Sumayyah, Jayden perlu memberikan sebuah kereta Lamborghini.
Namun, Jayden membalas permintaan Syaikhul dengan berkata,
Easy.. celah gigi.
Gelagat bersahaja Jayden nampaknya telah membuatkan para netizen terhibur dan memuji lakonan Jayden sama seperti bapanya, Shaarnaz Ahmad.
Pandai ye si Jayden ni berlakon.. memang ikut bapak ni!
Sumber: Facebook