Gara-gara cubaan mencuri sebuah kereta yang mempunyai pelajar sekolah di dalamnya, seorang individu yang tak dikenali telah ditangkap dan dipukul oleh orang ramai.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah itu dikatakan terjadi kira-kira jam 5 petang pada Selasa (semalam), yang mana ketika itu terdapat enam orang kanak-kanak di dalam kenderaan tersebut.
Artikel berkaitan: Tak Puas Hati Kereta Dihon Sebab Halang Laluan, Pemandu Lori Cedera Dipukul ‘Stranger’
Artikel berkaitan: Polis Tahan Lelaki Sebab ‘Drive’ Dalam Keadaan Mencurigakan, Rupa-rupanya Baru Lepas Bunuh Pemandu Teksi
Menurut sebuah video yang tular di X, kelihatan beberapa orang lelaki menangkap individu tersebut dari dalam kereta dan membelasahnya di tepi jalan.
Kedengaran juga tangisan didakwa pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian, trauma dengan perkara yang berlaku di depan mata.
kes curi kereta dan dalam kereta tu ada budak sekolah petang tadi . Syukur semua selamat. Kejadian dia Sabah.
Jenayah kat sana makin teruk ye tapi bukan sebab orang lokal, punca dari pilak pilak yang makin membiak. pic.twitter.com/BKXsPfc4qp
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) October 31, 2023
Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin dalam satu kenyataan berkata, suspek melarikan kereta berkenaan di hadapan sebuah kedai runcit tepi jalan di Kampung Pinousuk.
Namun usahanya melarikan kereta itu berjaya dihalang apabila suspek ditahan pihak polis berdekat Sekolah Kebangsaan Pinousuk, Ranau, kira-kira 15km dari lokasi kereta itu dicuri.
Sementara itu, enam orang kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Menurut sumber, suspek sebenarnya dikatakan hanya berniat mahu mencuri kereta berkenaan, namun tidak menyangka ada beberapa budak di dalam kereta itu sebelum dibelasah orang ramai.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 kanun yang sama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini bolehlah salurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau,” kata pihak polis.
Sumber: X, Buletin TV3, Majoriti