Tular di media sosial di mana seorang pelancong dari Brazil, ditemui maut ketika mendaki Gunung Rinjani di Indonesia.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Juliana Marins terjatuh ratusan meter dari rabung (bukit sempit) gunung berapi tersebut, lalu terperangkap di site selama hampir empat hari.
Juliana dikatakan mendaki gunung itu pada 21 Jun lalu, Gunung Rinjani merupakan gunung berapi aktif setinggi 3,726 meter di pulau Lombok di Indonesia, mendaki bersama mangsa termasuklah seorang malim gunung dan lima pelancong lain ketika dia jatuh kira-kira 600 meter, kata pihak berkuasa Indonesia.
Artikel berkaitan: Remaja Hilang Seminggu Ditemui Selamat Dalam Rumah Wanita Tua Bertongkat Di Kaki Gunung Lambak
Artikel berkaitan: Spesis Baharu Ketam Ditemui Di Gunung Jerai, Diberi Nama ‘Ketam Bunian’
Ketua mencari dan menyelamat Indonesia, Mohammad Syafii mengesahkan bahawa tiada tanda mangsa masih hidup.
Keluarga Juliana di Brazil turut mengesahkan kematiannya, pasukan penyelamat Indonesia dikatakan menggunakan thermal drone bagi mengesan mangsa dek kerana bentuk muka bumi serta cuaca yang sangat teruk.
Disebabkan itu, Syafii mengakui sukar untuk melakukan proses pemindahan dan perlu membawa mayat Juliana ke Sembalun basecamp namun mayatnya hanya boleh dibawa keluar dari kawasan itu dengan menggunakan polis hospital.
É de partir o coração esse vídeo dela mexendo na bolsinha 🥹😢 em pensar que ela ainda estava perto e que daria pra Salvar ela é triste e revoltante.
Deus fortaleça a família dela.#JulianaMarins pic.twitter.com/CMXnKgwpZd— Jhyeenne M 🌺 (@Jhyeenne) June 24, 2025
Insiden ini juga kecoh di Brazil, malah kedutaan Brazil di Jakarta menuduh kerajaan Indonesia menipu keluarga mangsa dan memberitahu Juliana masih hidup serta telah diberikan makan dan minum ketika dijumpai.
Bagaimanapun, tiada maklum balas segera daripada kerajaan Indonesia mengenai tuntutan itu.
Menurut keluarga, Juliana yang tinggal di Niteroi itu sudah mengembara ke Asia sejak bulan Februari lalu, dia telah melawat Filipina, Vietnam dan Thailand sebelum sampai ke Indonesia.
Sumber: CNN