in

“Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo

F1 Aliff Aziz Ditangkap Khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita seorang penyanyi lelaki berstatus suami orang telah dicekup berkhalwat dengan seorang artis wanita yang juga seorang pelakon.

Memetik laporan Kosmo, penyanyi berstatus orang tersebut ialah Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella Astillah. Difahamkan, kejadian tersebut telah disahkan juga oleh Didi Astillah iaitu adik Bella dan adik ipar kepada Aliff Aziz.


2 1

Tangkapan akibat berkhalwat di sebuah unit kondominium Aliff Aziz dan pelakon wanita itu telah dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Difahamkan, pihak JAWI terpaksa menunggu selama tiga jam untuk Aliff Aziz dan pelakon wanita itu membuka pintu unit kondominum tersebut.

Artikel Berkaitan: “Kalau dia nak curang, curang juga” – Wanita Tampal ‘Sticker’ Dalam Kereta Pasangan Buat Netizen Meluat

Artikel Berkaitan: Kenapa dengan Alif?”- Ini Antara Kontroversi Yang Pernah Dikaitkan Dengan ‘Alif’ Di Malaysia

Penyanyi tersebut dikatakan enggan memberi kerjasama untuk membuka pintu sehingga pihak JAWI terpaksa memanggil bomba untuk memecahkan pintu rumah berkenaan.

1 2

Selepas pihak bomba mengatakan pihak mereka akan memecahkan pintu rumah itu jika ia tetap tidak dibuka, Aliff Aziz dikatakan akhirnya membuka pintu selepas beberapa jam.

Difahamkan, rumah tersebut merupakan rumah pelakon wanita yang dicekup berkhalwat dengan Aliff Aziz.

Bella Astilah juga dilihat telah menghadirkan diri ke pejabat agama sambil ditemani adiknya pada kira-kira jam 2.40 pagi tadi, lapor Astro Gempak.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Bella Astillah.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.