Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penderitaan yang dilalui masyarakat Syria ni sememangnya sangat perit, tambah pulak kalau kanak-kanak yang menjadi mangsa. Korang boleh bayangkan tak, kat mana agaknya kanak-kanak ni tinggal dan apa yang mereka makan kalau rumah dibom pengganas dan hidup serba kekurangan.
Perkongsian video di Instagram Malaysia Life Line For Syria ni membuat ramai tersentuh hati apabila memaparkan kesusahan yang dialami dua kanak-kanak berusia 10 tahun dari Hajar Aswad, Damascus yang terpaksa mengutip apa-apa di atas jalan raya dan masukkan ke dalam mulut demi alas perut yang lapar.

Ketika ditemubual di dalam video tersebut, kanak-kanak tu menjawab yang mereka sedang kutip habuk roti untuk dijamah. Allahuuu.. kesiannya!
https://www.instagram.com/p/BlW9IDfHfYE/?taken-by=malaysia4syria
Ada orang buang roti di sini, kami kutip banyak dan ada banyak lagi di atas jalan,” kata salah seorang kanak-kanak di situ.
Difahamkan kanak-kanak tu memang tak ada pilihan lain selain daripada mengutip habuk roti di sebalik batu dan pasir. Malah mereka juga mengakui tidak menerima bantuan makanan.
“Jika kami terima bantuan, kami tidak akan kutip habuk roti ini,” katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin akan penderitaan kanak-kanak Syria ini, korang bolehlah hulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Islam 14-210-01-000988-2 atau Maybank, 5648-1051-3971 atau menerusi http://www.billplz.com/infaqsyria.
Apalah guna harta banyak di dunia kalau ada kanak-kanak yang seagama dengan kita menderita di sana. Semoga ada yang membantu.