in

“Terlepas pandang” – Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Matahari Mohon Maaf Kurma Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial apabila kurma yang didakwa produk dari Israel telah dijual secara terang-terangan di pasaran Malaysia.

Susulan isu itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sebanyak 14.6 kilogram produk kurma terbabit dalam satu serbuan yang dilakukan pada 13 Mac lalu.


Rampasan buah berkenaan berjumlah RM678 hasil serbuan JKDM di tiga lokasi berbeza yang membabitkan sebuah syarikat pembekal makanan organik di Malaysia.

Artikel berkaitan: Caprice Suarakan Isu Kurma Dari Israel Didakwa Dijual Di Pasaran Tempatan, Minta Kerajaan Siasat

Artikel berkaitan: Kastam Rampas 73 Pek Kurma Dipercayai Dari Israel, Netizen Puji Usaha Caprice Tularkan Isu

Gihujayauaa3Qyx

Syarikat Matahari mohon maaf, akui terlepas pandang

Terbaharu, Syarikat Matahari Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan import, pemborong, peruncit, serta pengedar produk organik dan semula jadi telah tampil memohon maaf terhadap rakan kongsi termasuk pelanggannya berhubung isu rampasan terbabit.

Matahari dalam satu kenyataan media berkata pihaknya menerima produk kurma tersebut dari pembekal yang berada di Greece.

Jelas syarikat itu, mereka mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk terbabit sewaktu proses pelabelan.

Katanya, kekhilafan itu hanya disedari apabila ia menjadi perbualan di media sosial dan tindakan segera diambil bagi memanggil semula produk tersebut dari pasaran.

“Kami ingin menyatakan bahawa Matahari tidak pernah secara sedar atau sengaja memesan produk atau menjalankan sebarang perniagaan dengan Israel, dan tidak pernah melanggar sebarang peraturan.

“Kami berkongsi kebimbangan sesama rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Islam, dan ingin mengesahkan bahawa kami tidak menyokong Israel dalam apa cara sekalipun,” jelas kenyataan itu.

Syarikat itu turut memaklumkan mereka akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa serta membuat semakan proses pembekalan agar masalah sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.