Nampak sama tapi bukan dia! Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pemain bola sepak di Kelab Turki dikatakan memiliki wajah mirip usahawan penuh sensasi, Aliff Syukri.
Salih Ucan, bermain di posisi tengah dan baru sahaja berpindah ke kelab Istanbul Basaksehir secara pinjaman dari Besiktas.

Wajah Salih ini dikatakan terlalu mirip dengan Aliff Syukri, sehingga ‘bawang-bawang’ Malaysia menempel di ruangan komen hantaran Facebook kelab Istanbul Basaksehir dan pemain tersebut.
“Nampak sama tapi bukan dia. Dah tak jual produk lagi ke Datuk?”, tulis seorang warganet.
Malah, ramai juga warganet yang berseloroh dengan mengatakan Aliff Syukri sudah bertukar kerjaya dan kini merupakan seorang pemain bola sepak profesional dengan tagline ‘Terlajak Gol’.
Sehingga kini, masih tiada maklum balas daripada Aliff Syukri berkenaan wajah pemain ini yang miripnya dengannya.
BACA: Buat Ala-ala Perang Di Palestine, Video ‘Lawak’ Aliff Syukri Undang Pelbagai Reaksi Netizen

