in

[TERKINI] WHO Isytihar Coronavirus Kecemasan Kesihatan Global, Kini Ragut Lebih 200 Nyawa Di China

alert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Netizen yang bakal membaca berita ni tarik nafas dalam dan pastikan korang dalam keadaan tenang ye kerana malam semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak coronavirus sebagai kecemasan kesihatan global. 

Menurut Astro AWANI, perkara ini telah diumumkan WHO selepas mereka mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva semalam (Khamis).


Perkara ini juga diumumkan berikutan kes berkaitan wabak ini telah meningkat hampir 10 kali ganda dalam tempoh seminggu. Untuk rekod, kematian di China kini telah meningkat ke 213 orang dengan 9,692 orang sah dijangkiti penyakit tersebut, lapor CNBC. Allahu dekat 10,000 orang! 

Coronavirus Hong Kong Face Mask AP 310120
Sumber: FMT

 

Bimbang potensi virus merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan lemah

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam kenyataannya di Twitter rasmi WHO menjelaskan kebimbangannya jika virus ini merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan lemah.

“Ini bukan undi tidak percaya kepada China. Kita semua perlu bertindak bersama untuk mengehadkan penularan berterusan… kita hanya boleh menghentikannya bersama,” katanya.

 

Tak ada alasan untuk laksanakan sekatan perjalanan atau perdagangan antarabangsa

Tambah Dr Tedros lagi, pun begitu, perkara ini bukanlah “alasan” untuk laksanakan sekatan perjalanan atau perdagangan antarabangsa seperti menggantung penerbangan, menutup sempadan dan kuarantin pelancong sihat yang diumumkan beberapa negara semenjak dua menjak ini.

Dalam pada itu, beberapa syarikat penerbangan seperti Air France, British Airways dan Lufthansa telah menggantung atau mengurangkan penerbangan ke China.

Semoga penawar bagi penyakit ini dijumpai segera dan kita semua dilindungi-NYA. 

Baca: [TERKINI] Angka Korban Koronavirus Meningkat Kepada 170, WHO Buat Mesyuarat Tergempar

meningkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.