Polis Malaysia sememangnya cekap dan pantas dalam melakukan tugas!
Sebelum ni dilaporkan seorang ibu dipercayai dibunuh anaknya sendiri sebelum dihumban ke dalam tangki najis. Kini menurut Harian Metro, suspek telah ditahan polis!
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan di Balik Pulau dan dijangka direman, esok.
“Ya, kita sudah berjaya menahan suspek kes terbabit.
“Siasatan masih dijalankan dan saya akan beri makluman lanjut kemudian.”
Misteri kehilangan wanita sejak 19 September lalu terbongkar selepas mayatnya ditemui oleh menantu di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau.
Mayat mangsa dihumban ke dalam tangki najis tersebut dipercayai bagi menyembunyikan jenayah yang dilakukan. Difahamkan suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri dan dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol.
Kita nantikan berita selanjutnya…