Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi terhempas dan ditemui dalam keadaan ‘tidak baik’.
Ketua persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Koolivand menyatakan keadaan penumpang dalam helikopter yang sama termasuk Menteri Luar Iran dikhuatiri meninggal dunia.
Artikel berkaitan: 5 Nahas Maut Helikopter Yang Pernah Berlaku Di Malaysia
Artikel berkaitan: Padah Hantar Komen Jelik Nahas Helikopter TLDM, Pengguna X Ini Didenda RM23,000
“Kami dapat melihat bangkai pesawat dan keadaan tidak kelihatan baik, dengan penemuan lokasi nahas, tiada tanda-tanda kehidupan dikesan dalam kalangan penumpang helikopter itu,” katanya.
Susulan laporan itu, sebanyak 73 pasukan termasuk unit anjing pengesan dikerah ke kawasan terbabit namun berdepan cuaca hujan dan kabus tebal.
Dalam laporan Reuters, media kerajaan Iran berkata imej dari lokasi kerjadian itu menunjukkan helikopter tersebut terhempas ke puncak gunung, pun begitu masih belum ada maklumat rasmi mengenai punca nahas itu.
Difahamkan, insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Presiden Iran itu dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.
Sumber: Reuters