Sidang media khas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini telah mengumumkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dari 5 hingga 18 Februari untuk seluruh negara.
Walau bagaimanapun, bagi negeri Sarawak, ia kekal sebagai PKPB dan kawasan yang diisytiharkan PKPD.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan lagi sehingga 18 Februari 2021 kecuali di negeri Sarawak yang kekal sebagai PKPB dan kawasan yang diisytiharkan PKPD. – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia pic.twitter.com/tT0maemjBZ
— Astro AWANI (@501Awani) February 2, 2021
Menurut Ismail Sabri, SOP bagi PKP kali ini akan diperketatkan lagi sebagai contoh jumlah pengunjung ke pasaraya juga akan dihadkan. Larangan lain seperti rentas negeri dan aktiviti sosial lain masih tidak dibenarkan.
Majlis Keselamatan Negara akan mengeluarkan SOP lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi.