in

[TERKINI] Kes COVID 19 Melonjak Ke Angka 6,075, Kes Harian Tertinggi Setakat Ini

Mamposss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Kes harian COVID 19 pada 19 Mei 2021 iaitu hari ini mencatatkan peningkatan mendadak dengan 6,075 kes.

Data tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi posting di Twitter bersama-sama angka kes harian bagi negeri-negeri di Malaysia.


Menerusi data tersebut, didapati Selangor mencatatkan kes tertinggi dari negeri-negeri lain iaitu 2,251 dan diikuti dengan negeri Johor (699 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (660 kes) dan Sarawak (323 kes).

Lain-lain negeri seperti Kelantan dan Kedah mencatatkan lebih 400 kes manakala Perak dan Terengganu pula dengan lebih 200 kes sehari.

Image From Ios 2

Terdahulu, kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan ialah pada 29 Januari lepas dengan 5,725 kes.

Rata-rata netizen yang melihatkan peningkatan kes yang mendadak ini berasa amat bimbang dan berharap kerajaan akan berbuat sesuatu demi mengekang penularan wabak COVID 19 dengan lebih pantas.

Baca: Rakyat Beraya Di Mall Gara-gara Tak Boleh Balik Kampung, Menteri Kesihatan Bimbang Cetus Krisis Jangkitan COVID 19

Covid 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.