in

[TERKINI] Individu 60 Tahun Ke Atas Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua – KJ

Ft 2Nd Boost 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa individu yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi risiko tinggi, mereka dibenarkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini menjelaskan bahawa, golongan ini lebih mudah terdedah dengan risiko Covid-19.


Walaubagaimanpun, ia bukanlah satu perkara wajib dan ia tidak akan menjejaskan status vaksinasi.

Sementara itu, individu yang berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai sebarang penyakit juga digalakkan untuk mendapatkan dos keempat itu, namun perlu mendapat rundingan daripada doktor atau pegawai perubatan.

Pun begitu, tempoh untuk mendapatkan dos penggalak kedua ini perlulah selepas 4 hingga 6 bulan dari tempoh suntikan dos terbaru.

Namun, bagi mereka yang mempunyai komorbiditi yang pernah dijangkiti Covid-19, mereka layak dapat lepas 3 bulan.

Baca : “Jauh lagi nak endemik”- Ramai Keliru Sangka 1 April Masuk Fasa Endemik, Ini Penjelasan KJ

Kj Belum Endemik Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.