Sebuah helikopter yang membawa 5 penumpang bersama seorang juruterbang dipercayai terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highland, hari ini.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata penerbangan sekitar jam 1 petang tadi itu menghala ke Ipoh, Perak.
3 penumpang cedera, 3 selamat
Difahamkan buat masa ini, terdapat 3 penumpang cedera manakala 3 lagi selamat dan kesemuanya sudah dapat menghubungi ibu pejabat polis (IPD) satu daerah di Perak, lapor Malaysiakini.
Tambah Ismail, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) dan pasukan pelbagai kemahiran (Must) bomba juga sudah digerakkan ke lokasi pencarian bagi mengesan mangsa.
Katanya, helikopter dari unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga sudah bersedia untuk dihantar ke lokasi kejadian, namun bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Sumber juga melaporkan bahawa helikopter milik syarikat swasta itu membawa 5 pegawai perubatan termasuk seorang doktor.
Berita lanjut bakal menyusul…
Baca : [VIDEO] Pengawal Halau Biawak Gaya’Helikopter’ Ramai Kata Itu Cara Selamat Untuk Elak Digigit