Hari ini, Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat dan menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bajet kali ini lebih fokus kepada pemulihan semula ekonomi negara.
Bajet 2023 akan memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion dan peningkatan ketara berbanding sebelum-sebelumnya.
Antara yang termasuk dalam penerimaan insentif ini termasuklah golongan M40 yang merujuk kepada kumpulan kelas pertengahan dengan pendapatan isi rumah antara RM4,850 dan RM10,959 sebulan, mewakili 40% penduduk negara.
Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 7, 2022
Inisiatif yang bakal diterima termasuklah e-Pemula M40 iaitu kredit e-Dompet bernilai RM 100 bagi kumpulan M40 yang berpendapatan tahunan di bawah RM 100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu di Malaysia.
Selain itu, di bawah program yang sama, kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun dan pelajar sepenuh masa yang berumur 21 tahun ke atas.
RM400 juta
Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022
Berita lanjut menyusul
Baca: Belanjawan 2023: Kerajaan Bentang Bajet Terbesar Dengan Peruntukan Sebanyak RM372.3 Bilion