Pada 11 Mei 2018, Tun M telah memaklumkan dalam sidang media bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima pengampunan segera atas persetujuan Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V.
Kini penantian rakyat dan keluarga Anwar berakhir juga apabila bekas Timbalan Perdana Menteri ini telah dibebaskan sebentar tadi di depan Hospital Rehabilitasi Cheras. Anwar dilihat tersenyum lebar dikerumuni oleh penyokong-penyokong dan wartawan.
Menurut Sinar, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin mengesahkan bahawa Anwar akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 12.30 tengah hari ini bagi mendapat pengampunan.
Dipenjara sejak 1998
Anwar pertama kali dipenjarakan atas tuduhan jenayah luar tabii yang dipercayai satu konspirasi politik sejak tahun 1998. Dia kemudian dipenjarakan sekali lagi pada 2015 selepas dikatakan terlibat dalam skandal sodomi yang melibatkannya dan pembantu, Saiful Bukhari Azlan.
Pembebasan ini membolehkan Anwar melibatkan diri semula secara aktif dalam politik di Malaysia. Semoga dengan pembebasan ini, Anwar dapat kembali berkhidmat kepada negara dan merealisasikan impian kita semua bersama tampuk pemerintahan baru.
Selamat kembali DSAI!
Baca: [TERKINI] Anwar Bakal Dapat Pengampunan Agong Segera