Ibu mentua pelakon dan model Zahnita turut meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya itu kerana tergamak berprasangka buruk terhadap dirinya.
Norazlina Abdullah, 71, mengatakan bahawa dia sangat sayang menantunya itu sehinggakan sanggup kongsi resipi pai yang dikatakan menjadi produk jualan Zahnita.
Artikel berkaitan : “Saya memang ada belajar tapi…” – Zahnita Nafi Tuduhan Muay Thai-kan Suami
Artikel berkaitan : Ketua Polis Daerah Kuantan Jelaskan Zahnita Perlu Jalani Ujian Urin Susulan Laporan Dikaitkan Dengan Dadah
“Katanya dia ada hubungi saya untuk mohon maaf, tetapi saya mahu jelaskan tiada sebarang perbualan berlaku. Saya pelik kenapa dia perlu bercakap buruk tentang saya? Saya yang berkongsi resipi shepherd pie kepada dia. Dia mulakan perniagaan dengan resipi saya.”
“Saya tiada sebarang masalah dengan Zahnita. Jika saya tidak suka kenapa saya sanggup kongsi resipi?”
Jelas Azlina lagi, banyak pendedahan yang Zahnita buat pasal hal masalah rumah tangganya adalah tidak benar.
“Saya tidak mahu cakap banyak sebab kes mereka masih berjalan di mahkamah.”
Azlina turut berpendapat bahawa Zahnita perlu fikirkan anak-anak mereka kerana kemelut yang terjadi dalam rumah tangga bersama anaknya itu bakal memberikan kesan kepada empat cucunya.
“Dia sepatutnya fikirkan tentang anak-anak. Jangan libatkan mereka dalam hal ini. Anak-anak jadi tersepit kerana masalah mereka suami isteri.”
“Sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya tinggal bersama anak saya dan melihat apa yang dia lalui.”
Zahnita sebelum ini ada kongsikan foto di Instagram memaparkan matanya lebam kerana mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga pada 2 Disember lalu.
Dia bertindak untuk berpindah rumah lain dan turut memfailkan cerai terhadap Zackery pada 3 Disember 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Sumber : mStar Online