in

Terkenal Dengan ‘Content’ Makan Produk Kosmetik, Pempengaruh Taiwan Dilaporkan Meninggal Dunia

makan kosmetik maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang seorang yang gemar menggunakan aplikasi TikTok atau media sosial lain ketika sedang bosan, pastinya korang pernah melihat pelbagai jenis content termasuklah video yang memaparkan pempengaruh membuat perkara luar biasa seperti memakan produk kosmetik.

Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang pempengaruh terkenal dari Taiwan bernama Guava Beauty yang gemar memuat naik videonya ‘make-up mukbang’ dan memakan produk kosmetik seperti gincu, pemerah pipi, masker muka, pad kapas dan sebagainya.


makan

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, pempengaruh berusia 24 tahun dengan 12,000 pengikut itu dilaporkan telah meninggal dunia secara mengejut.

Artikel berkaitan: “Gambar tu sepatutnya saya crop” – Pempengaruh Rayu Mahu Jumpa Ibu Mangsa, Hantar Foto Tak Senonoh Pada Budak 14 Tahun

Artikel berkaitan: Pempengaruh & Graduan Masscomm, Faiz Dickie Gunakan Video DMA Islam Sebagai Panduan Ilmu Komunikasi

Maut akibat keracunan? 

Berita kematian ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen yang mengagak mungkin pempengaruh ini maut akibat keracunan atau serangan jantung.

Dalam satu video terbarunya, Guava Beauty dilihat mempromosi sejenis pemerah pipi bertekstur jeli dengan kapsyen bertulis, “Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan.”

Dia juga dilihat menyapu pemerah pipi tersebut pada wajah sebelum menyuapnya ke dalam mulut menggunakan garpu dan mengunyahnya.

“Rasa ranggup macam agar-agar. Maaf kawan, tapi rasanya tak sedap,” kata Guava Beauty.

Influencer Known for Eating Lipsticks Dies at 24

Kematian pempengaruh ini sekaligus membuatkan ramai peminatnya terkejut dan ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa kandungannya boleh mengelirukan penonton, terutama golongan muda tentang keselamatan memakan produk kosmetik.

Malah seorang pengguna juga pernah menegurnya dengan mengatakan bahawa dia patut berhenti melakukan kandungan seperti itu kerana produk kosmetik bukan untuk dimakan dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Sejak dari itu, pempengaruh ini katanya tidak lagi memuat naik sebarang content sehinggalah pada 24 Mei lepas apabila profil bionya ditukar kepada “Log keluar dari dunia. Bermula perjalanan baru. Semua kolaborasi perniagaan dibatalkan.”

Beberapa jam kemudian, keluarga pempengaruh ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi memaklumkan pemergian pempengaruh tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 芭樂水水 (@guava_beauty_)

Kenyataan yang dikeluarkan itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kematiannya yang mana ramai yang mengaitkan ia dengan keracunan bahan kimia dalam kosmetik dan ada juga menyangka dia terkena serangan jantung.

Walau bagaimanapun, punca kematian sebenarnya tidak didedahkan sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian, US Weekly

Sumber: US Weekly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.