Seorang bayi serusia setahun dilaporkan telah meninggal dunia selepas lemas akibat terjatuh di dalam air banjir di rumahnya di Kelantan semalam.
Memetik laporan Berita Harian, ketika banjir itu, keluarga mangsa sedang berlindung di tingkat dua kediaman mereka di daerah Tumpat.
Difahamkan, sebelum kejadian, ibu mangsa menyedari bahawa anaknya itu tiada di sebelahnya setelah wanita itu tersedar dari tidur.
Setelah mencari, ibunya melihat bahawa bayi itu sudah pun lemas di tingkat bawah rumah tersebut.
Difahamkan, bayi berusia setahun ini merupakan mangsa ketiga yang maut sepanjang banjir pada kali ini di Kelantan.
Susulan kejadian ini, Ketua Polis Kelantan iaitu Mohd Yusoff Mamat menasihatkan mangsa-mangsa yang terjejas banjir untuk segera berpindah ke pusat pemindahan atau PPS untuk keselamatan mereka.
Sumber: Berita Harian