in

“Terima kasih semua mendoakan” – Lepas Sah Bercerai, Farid Kamil Muat Naik Posting Sertai Tabligh?

Ft Farid Kamil Didakwa Sertai Tabligh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas Puteri Sarah dengan Syamsul Yusof dan Hafidz Roshdi dengan Shuhada, giliran Farid Kamil dan Diana Danielle pula mengakhiri pergolakan rumah tangga mereka apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Bagaimanapun, Utusan melaporkan bahawa Farid Kamil tidak berada di mahkahmah dan lafaz cerai itu dibuat menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof kira-kira pukul 3:22 petang tadi.


Hal ini kerana Farid kini sedang mengalami masalah kesihatan pasca Covid-19. Bagaimanapun, selepas mereka sah bercerai, Farid Kamil ada muat naik satu perkongsian video di Instagram.

Terima kasih semua yang mendoakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Dalam perkongsian itu dilihat Farid Kamil menunjukkan dirinya dipakaikan serban oleh golongan agamawan.

“Alhamdulillah…Terima kasih semua yang mendoakan… saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat.”

“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, Ketetapan tetap pada yang punya Kuasa.”

Selain itu, dia juga menunjukkan dirinya bergambar dengan beberapa agamawan lain. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan para peminatnya yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon Anwar: The Untold Story ini.

Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Baca : Gagal Berdamai, Farid Kamil Tetap Enggan Lafaz Cerai Terhadap Diana Danielle

Farid Enggan Lafaz Cerai Gagal Berdamai

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.