Pergolakan rumah tangganya pernah menggemparkan rakyat Malaysia beberapa tahun dahulu dimana pendakwah Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih mesra dengan panggilan PU Abu dikatakan curang dan menceraikan isterinya saat sedang hamil anak pertama pada Mac 2019.
Memetik laporan Gempak, lafaz cerai itu dibuat menerusi aplikasi WhatsApp dan PU Abu dilaporkan berkahwin dengan seorang usahawan wanita pada tahun 2019 sebelum bercerai setahun kemudian.
Terkenang pengorbanan Ain
Menerusi Instagram PU Abu, setelah sekian lama isu ini mendiam, PU Abu dilaporkan kini sedang bahagia dengan Ain, ia membuatkan PU Abu terkenang akan masa silam yang dia dah lakukan kepada isteri tercintanya itu.
“Bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni.”
Dalam perkongsiannya semalam, PU Abu turut menjelaskan bahawa mungkin keluarganya akan semakin berkembang pada tahun 2023.
https://www.instagram.com/p/CkJquEzrAyN/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Hari ini, PU Abu juga terkenangkan pengorbanan isterinya itu dan berterima kasih kepada isterinya yang masih bertabah disampingnya.
https://www.instagram.com/p/CkNSNG8DOlv/
Membaca luahan daripada PU Abu, ramai netizen yang mendoakan kebahagaiaannya bersama isteri tercinta, malah mereka juga berpesan agar sentiasa hargai orang disisi.
Untuk rekod, selepas penceraian PU Abu bersama usahawan wanita tersebut, PU Abu telah kembali rujuk dengan isterinya Ain Aifini pada Jun 2020 lepas.
Baca : “Gaduh cerai, gaduh cerai mengandung lagi” – PU Abu Muat Naik Gambar Baby, Netizen Mula Berspekulasi