Amalan sihir bukanlah sesuatu yang baharu dan sehingga hari ini, masih ada sesetengah dari masyarakat kita yang mengamalkan perbuatan ini demi mencapai matlamat masing-masing.
Salah satu jenis sihir yang kita sering dengar adalah sihir untuk menjatuhkan perniagaan seseorang terutamanya melibatkan perniagaan kedai makan. Ada yang membuatkan pelanggan lari, tak nampak kedai mahupun membuatkan makanan cepat rosak dan sebagainya.
Sebagai contoh, di TikTok baru-baru ini ada sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda yang menggunakan akaun CK ParaMistik telah berjaya mengeluarkan jarum dari kawasan kedai makan yang disinggahnya.
@ck_paramistik Tarik barang sihir Kebetulan kedai yg sggah mkn ni ade sihir.. bila dah tau mstilaa kna bantu yg smampu kan.. xpa laa dia xtau.. kita bantu jer.. Asbab.. Tolong jgn mention nama kedai jika anda tahu sekalipun.. !! Segelintir manusia yg suka bermain dgn sihir.. dengki dgn perniagaan org lain itu sdah jdi satu lumrah hati manusia.. #radenshah #sihir #tarikbarangsihir ♬ Last Hope – Steve Ralph
Menurut kapsyen, dia yang secara kebetulan singgah untuk makan di kedai berkenaan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan kedai tersebut dipercayai kerana disihir.
Sebelum meninggalkan kedai, pemuda berkenaan membantu pemilik dan berjaya menarik sebatang jarum yang dipercayai bertujuan untuk menyihir kedai berkenaan.
Artikel berkaitan : “Tak takut Tuhan ke?” – Artis Wanita Didakwa Disihir Bekas Suami Sebab Gilakan Harta
Artikel berkaitan : [VIDEO] Ngeri! Ustaz Kongsi Kisah Sepasang Suami Isteri Disihir Guna Tali Kasut
Tambahnya lagi, segelintir manusia memang suka bermain dengan sihir dan ada juga melakukan perkara tersebut kerana hasad dengki dengan perniagaan orang lain.
Pun begitu, di ruangan komen ramai yang mengatakan penarikan tersebut seperti sengaja diadakan, dan tidak kurang juga ramai yang berpendapat jarum berkenaan hanyalah jarum biasa yang terjatuh di kawasan tersebut.
Namun, persoalan tersebut dijawab oleh pemilik kedai yang mengakui kedainya itu sememangnya disihir dan dia hanya mampu berserah pada Allah.
Tindakan CK ParaMistik tersebut juga mengundang pujian ramai kerana sudi membantu pemilik kedai.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang berkongsi nasib di ruangan komen dengan mengatakan mereka juga pernah melalui perkara yang sama iaitu disihir sehingga menyebabkan kedai terpaksa ditutup dan menanggung kerugian.
Sumber : TikTok