Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah ada mengatakan bahawa Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Oktober hingga November ini.
Menerusi Astro Awani, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei.
Nak dipendekkan cerita kita dapat lihat bahawa cuaca hujan saban waktu melanda negara kita, ada sesetengah tempat akan mengalami banjir kecil, tanah runtuh dan jalan dah mula dinaiki air yang pasti ganggu aliran jalan yang boleh mengancam keselamatan.
Air bertakung atas jalan
Dapat dilihat sendiri menerusi satu video ini apabila air dah mula naik di sebuah jalan raya, tahap air bertakung agak tinggi sehingga aliran pergerakan kenderaan jadi perlahan. Kalau bertakung lagi tinggi, mungkin boleh buatkan kereta rosak.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah inisiatif daripada seorang penunggang motosikal yang menganbil tindakan cekap dengan mencangkul sebahagian tanah untuk membuat satu aliran supaya air bertakung itu mengalir ke dalam longkang.
https://www.tiktok.com/@juharmariankha/video/7150838306543127834?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dalam masa sehari, video ini telah meriah sebanyak 2 juta jumlah tontonan, biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, rata-rata netizen berterima kasih dengan tindakan cekap lelaki ini.
https://www.tiktok.com/@juharmariankha/video/7150862050359561499?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Nampak senang tapi hasil dia besar – Netizen
Besar sumbangan abang ni, bukan semua orang nak ambil inisiatif ni, memudahkan urusan orang lain pasti akan dipermudahkan urusannya juga.
Baca : Ngeri! Banjir Di Bandung, Kain Kafan Dilihat Terjuntai Akibat Tanah Runtuh di Perkuburan