Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah baru-baru ini giat mengadakan lawatan ke beberapa daerah di negeri selatan itu.
Ketika tiba di Pontian, baginda berkongsi satu bibit pertemuan penuh makna apabila baginda sempat meluangkan masa bertemu dengan bekas pengasuh anakanda, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Artikel berkaitan: Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah
Artikel berkaitan: “Habis rim kereta saya bengkok” – Sultan Johor Titah Baiki Jalan Berlubang & Rosak
Dalam perkongsian di Facebook The Royal Johor, baginda bertemu dengan Puan Nooraimi Ali yang berusia 55 tahun dan merupakan bekas kakitangan Istana Johor yang berkhidmat sekitar tahun 80-an hingga 90-an.
Difahamkan, Puan Nooraimi pernah mengasuh TMJ sejak di usianya masih bayi hingga berumur tujuh tahun.
“Sungguh terharu Tuanku Permaisuri masih ingat saya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Saya juga berharap mempunyai peluang untuk berjumpa lagi dengan DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Tun Aminah selepas ini. Saya juga sentiasa mengikut perkembangan Keluarga DiRaja Johor di media sosial,” katanya.
DYMM Permaisuri Johor, bertitah kali terakhir baginda bertemu dengan wanita itu adalah semasa Kembara Mahkota Johor sebelum pandemik COVID-19 ketika singgah di Pontian.
Sebagai info, Nooraimi merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata dan seorang daripadanya merupakan OKU dan seorang lagi bersekolah tingkatan tiga.
Daulat Tuanku!
Sumber: Facebook