in

Terbang Ke Krabi Hanya Dengan RM1 & Maldives RM299? BIAR BETUL!

airasia Krabi Maldives

Bila kerajaan umum pembukaan semula sempadan negara, min sebagai seorang traveller tegar tersenyum lebar sambil terbayangkan destinasi-destinasi yang nak dituju. Mana taknya, akhirnya segala perancangan travel yang tertunda gara-gara pandemik sebelum ini boleh disambung semula.

Kalau nak diikutkan, sebelum sempadan ditutup sekitar Februari 2020, memang ada perancangan yang dah disusun rapi untuk mengembara ke beberapa buah destinasi.

Salah satu yang terlintas ialah Maldives! Negara kepulauan yang terkenal dengan air laut kebiru-biruan serta pasir putih halus dan sering menduduki tempat pertama dalam senarai ‘wajib lawati’ di Asia.

Conrad Maldives Dhoni 6

 

Aktiviti Menarik Di Maldives

Terletak di Lautan India, Maldives merupakan sebuah negara yang mempunyai 1,192 pulau selain dikatakan merupakan habitat kepada 5% daripada spesies terumbu karang di dunia, bewarna-warni yang terdiri daripada jenis keras dan lembut.

ScubazooImagesMaldives0001

Disebabkan ini juga, aktiviti utama yang sering dilakukan di sini adalah selaman skuba atau snorkeling. Tetapi, ada juga tetamu sekadar datang untuk menikmati keindahan alam, dan mereka akan memilih untuk ‘lepak’ dibawah sinaran matahari di tepi pantai atau sewa kayak untuk teroka keindahan alam sekeliling.

Penginapan Pilihan Di Maldives

Kalau korang nak tahu, kebanyakan penginapan di sini berkonsepkan resort selain masing-masing mempunyai kawasan pantai ‘persendirian’ yang biasanya agak terpencil dan menjanjikan ketenangan. Hotel pun ada jugak…

Kat sini min share beberapa resort yang mungkin korang boleh try untuk stay.

Coco Bodu Hithi 
Baros Maldives 
Kaani Beach Hotel 
slider 1 6743 3h9QtfLy62 Untitled Panorama1

Jadi, kalau nak buat kira-kira termasuk penerbangan menggunakan airasia yang baru dilancarkan tempoh hari dengan kekerapan 2 kali seminggu, bermula pada 30 April nanti.

Sumpah view kat sana lawa giler!

Syarat Kemasukan 

Ini merupakan syarat kemasukan untuk warganegara Malaysia ke Maldives bermula 14 Mac 2022 :

  1. Tetamu yang ingin ke Maldives dibenarkan untuk board walaupun belum divaksin.
  2. Perlu mempunyai pengesahan tempahan penginapan sepanjang tempoh disana.
  3. Tidak perlu lakukan ujian saringan Covid-19.
  4. Lengkapkan borang Pengisytiharan Kesihatan Pengembara dalam talian  dalam tempoh 48 jam dari masa penerbangan untuk tiba dan berlepas dari Maldives.
  5. Mempunyai wang mencukupi sekurang-kurangnya USD 200 (RM 845).

Tapi, kalau korang rasa nak travel ke tempat yang lebih ‘dekat’ sikit, tapi still bertemakan percutian pantai apa kata korang ke Thailand. Lebih tepat lagi ke Krabi yang merupakan salah satu destinasi dalam program ‘Sandbox’ Thailand.

Tempat Menarik 

Kat sini ada macam-macam tempat best yang korang boleh pergi, macam Pantai dan Gua Railay, Pantai Koh Poda atau semestinya melawat Emerald Pool yang terkenal tu.

7eb22870 5f9d 48e3 85e6 996fb65aacf0

Dari segi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan di Krabi pulak, korang boleh luangkan masa dekat Kolam Air panas Klong Thom. Apa yang menarik dekat sini ialah kolam ni dia bertingkat-tingkat dan memang unik.

Selain itu, kalau korang mencari aktiviti yang lain dari yang lain, apa kata korang boleh cuba sewa kayak untuk selusuri gua-gua yang ada sekitar Railay dan sebagainya. Kalau nak yang mencabar sikit, boleh cuba rock-climbing.

Penginapan Terbaik Krabi

Kalau pasal penginapan pulak, korang tak perlu risau. Disebabkan ianya salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal jadi memang banyak hotel-hotel dan penginapan lain. Ini antara contoh penginapan yang min nak rekemen dan mempunyai rating tinggi adalah :

SAii Phi Phi Island Village

Railay Village Resort 

Sea Seeker Krabi Resort 

Hero

“Boleh gunakan kod ZENSTAYS untuk dapatkan diskaun RM100 sekiranya buat tempahan di laman web airasia untuk tempahan hotel di Krabi.”

Syarat Kemasukan 

Syarat kemasukan ke Thailand pula adalah seperti berikut :

  1. Pelancong yang memasuki Thailand di bawah setiap skim kemasukan tidak lagi perlu mengemukakan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa tiba di Thailand. Walau bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19  pada hari 1 (program Sandbox)
  2. Pelancong yang ingin melawat Thailand ini melalui program ‘Sandbox’ perlu mendaftar Thailand Pass
  3. Paling penting, bermula 1 April dah tak perlu menjalani kuarantin.
  4. Mempunyai perlindungan insurans minimum 20,000 USD (sekitar RM84,700)

W1 TAT FLIGHT LobakMerah 1080x1080 1

Sebenarnya, kalau pandai cari, ada banyak je pakej yang murah untuk ke Maldives dan Krabi sekarang ni dan korang dah boleh dah merancang untuk ke salah satu daripada destinasi ni dengan  2 kali penerbangan ke Maldives dan Krabi dalam seminggu.

Screenshot 203

Untuk dua destinasi baharu ini, korang dah boleh mula buat tempahan pada 18 – 24 April 2022 manakala perjalanan boleh dibuat bermula 12 Sep 2022 – 25 Mac 2023! 

Sumber: airasia
Sumber: airasia
Sumber: airasia
Sumber: Hotels.com
Sumber: airasia
Sumber: airasia
Sumber: airasia