in

“Terbaik tuan!” – Bersihkan Takungan Air, Tindakan Polis Ini Dipuji Netizen

syaz ft 2024 08 02T171729.371

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video tular di TikTok yang memaparkan beberapa orang polis trafik melakukan sesuatu yang sangat murni dan sepatutnya diberi pujian.

Beberapa orang anggota polis trafik itu dilihat membersihkan longkang tepi jalan yang tersumbat tanpa menggunakan apa-apa peralatan khas bagi mengurangkan air yang bertakung.


Dalam video yang dikongsikan oleh @erywahab itu dapat dilihat anggota polis trafik itu menggunakan kayu panjang dan tangan serta kaki mereka sendiri untuk membersihkan longkang yang tersumbat itu.

@erywahab

Polis sedia berkhidmat!!!

♬ Yang Penting Halal – Wali

Dalam ruangan komen, terdapat komen yang ditinggalkan oleh pemilik video dan dipercayai dia juga salah seorang anggota polis trafik dalam video tersebut.

“Di sini kami tidak mahu menyalahkan atau menunding jari kepada mana-mana pihak di atas perkara yg telah berlaku ini, ini kerana kami (Polis Trafik) boleh dikatakan banyak menghabiskan masa di atas jalan raya.

Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada halangan (kemalangan/kenderaan rosak) dan bencana (banjir atau air bertakung/pokok tumbang), walaupun bukannya skop tugas kami tapi kami sedia membantu untuk memudahkan lalulintas untuk kegunaan orang awam serta masyarakat di luar sana,” tulisnya.

Video itu mendapat pujian yang tinggi daripada netizen dan rata-rata berterima kasih dengan tindakan pantas oleh anggota polis trafik itu.

cats 1

Terima kasih abang polis!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.