in

Tarawih Kilat 20 Rakaat Dalam 10 Minit Di Indonesia Sudah Diamalkan Sejak 116 Tahun Dulu

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, rakaman yang memaparkan sekumpulan jemaah mendirikan solat tarawih kilat pasti akan tular di media sosial.

Ramai yang beranggapan rakaman tersebut adalah hasil suntingan video yang dipercepatkan, namun sebenarnya ia adalah satu tradisi di Indonesia yang sudah diamalkan sejak 116 tahun yang dulu.


Tarawih kilat

Sebuah pusat pengajian Islam terkenal di Blitar, Jawa Timur, Indonesia mencuri perhatian ramai apabila mereka mendirikan solat tarawih 20 rakaat hanya dalam tempoh tujuh hingga 10 minit sahaja.

Menurut Pengurus Pondok Pesantren Mambaul Hikam Mantenan, Dliya’uddin Azzamzami Zubaidi, solat tarawih ‘kilat’ itu sudah dilakukan secara turun temurun sejak pengasasnya Kiai Abdul Ghofur pada tahun 1907.

1

Sambungnya lagi, sejarah Tarawih 20 rakaat serta tiga Witir yang dilaksanakan dalam masa tidak sampai 10 minit itu bermula apabila Kiai Abdul Ghofur melihat kesukaran penduduk tempatan yang tidak mahu mengambil masa lama memunaikan solat kerana kepenatan bekerja sepanjang hari.

Inisiatif tarawih ‘kilat’ akhirnya diambil untuk memastikan penduduk di situ tidak terbeban menunaikan Tarawih pada bulan Ramadan. Selain itu, inisiatif ini juga berjaya memberi galakan kepada lebih 1,500 jemaah untuk hadir menunaikan solat Tarawih di masjid.

@bataharesofficial_02

tarawih tercepat#tiktokviral #tiktokindonesia #tiktoklombok #familytbj😍🙏 #tbj_macanputih

♬ original sound – 🇲🇨T.B.J👑B@Ng r@&€N @n0M 02? – #Penendak Kutang

Tetap mengikut syariat Islam

Ketika ditanya berkenaan hukum Tarawih ‘kilat’ tersebut, dia menjelaskan cara itu masih mengikut syariat Islam dengan tidak mengurangkan rukun atau syarat sah solat. Bacaan wajib dalam solat tetap dibaca serta mengikut tumaninah.

Menurut salah seorang jemaah, dia mengikut tradisi itu sejak kecil dan kini mengajak anaknya untuk turut serta. Dia turut meluahkan rasa teruja menunaikan solat di sini kerana berasa lebih bersemangat dan tidak mengantuk kerana pergerakannya yang pantas.

Kredit: Harian Metro

BACA: Lelaki Beli Air Cincau Sebab Nak Minum Lepas Tarawih, Sekali Cincau Hanya Contengan

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.