in

“Terasa unik sekali” – Pertama Kali Jejak Kaki Ke Malaysia, Andmesh Kamaleng Suka Mi Goreng Mamak

ft andmesh kamaleng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi popular dari negara jiran, Andmesh Kamaleng akui sudah jatuh cinta  dengan Malaysia susulan kali pertamanya menjejakkan kakinya ke sini. Namun, bukan kepada mana-mana wanita tempatan tetapi dengan juadah yang disajikan di negara ini terutamanya, mi goreng mamak.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, sebelum dia bertandang ke Malaysia, dia telah mencari beberapa lokasi makanan enak yang ada di negara ini daripada rakan dan kenalan yang pernah datang ke sini.


“Soalan pertama yang saya tanya kepada rakan-rakan yang pernah ke Malaysia ialah tempat makan yang enak. Saya kemudiannya telah dibawa ke restoran mamak dan mencuba mi goreng mamak. Ternyata rasanya enak!” katanya.

553

Selain itu, Andmesh turut membungkus mi goreng mamak untuk dinikmati di hotel tempatnya menginap sebelum memuji masakan yang dikatakan lengkap dengan rempah serta mempunyai rasa yang unik.

“Saya sangat suka mi goreng mamak kerana rasanya lengkap dengan rempah. Terasa unik sekali,” ujarnya.

Bercakap tentang persiapannya berkenaan konsert yang akan berlangsung pada 4 Jun depan, Andmesh memberitahu, dia mendapat rujukan daripada rakan-rakan artis yang pernah melakukan persembahan di Malaysia seperti Rizky Febian dan Mahalini.

andmesh4 scaled e1680016490733

“Saya meletakkan prinsip dalam diri iaitu untuk tampil dengan idea kreatif dan tersendiri. Kata teman-teman, sambutan peminat di Malaysia sangat asik (hebat). Itu yang membuatkan saya bertambah teruja,” jelasnya.

Sebagai info tambahan, Konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur akan berlangsung pada 4 Jun 2023 bertempat di Dewan Plenary KLCC.

Korang excited tak konsert kali ni?

Sumber : Kosmo!

Baca : Virgoun Main Kayu Tiga, Isteri Dedah Segala Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Suami

ft virgoun curang 2 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.