in

Teori & Mitos Salah Tentang 5G Yang Korang Kena Tahu

5G Malaysia

Menurut laporan Opensignal, seorang pengguna di Malaysia menggunakan kira-kira 26.4 GB data mudah alih bukan 5G pada Januari 2021 manakala rangkaian 5G menyaksikan penggunaan data secara purata sehingga 100GB oleh setiap pengguna sehingga Januari 2022.

Ini bermakna, terdapat peningkatan hampir empat kali ganda untuk rangkaian 5G berbanding rangkaian sedia ada sebelum ini dan dari segi muat turun pula, secara purata kelajuan muat turun adalah sekitar 646.25 Mbps bagi pengguna rangkaian 5G manakala hanya sekitar 30.30 Mbps untuk kelajuan 4G.

Sungguhpun begitu, ada beberapa teori dan mitos tentang teknologi 5G yang telah disalahertikan, antaranya ialah :

1. ‘Punca’ Sebenar Covid-19

Salah satu mitos dan ‘kepercayaan’ yang paling banyak dipercayai seluruh dunia adalah rangkaian 5G ini merupakan penyebab utama adanya wabak Covid-19 dan bukannya daripada penularan virus SARS-CoV2-Coronavirus.

960x0 1

Hal ini sempat dijelaskan oleh pihak WHO yang mengatakan bahawa Covid-19 tetap wujud atau tersebar di negara yang tidak langsung mempunyai capaian 5G.

2. Mendatangkan Risiko Kesihatan

Selain dituduh menjadi ‘punca’ pandemik Covid-19, ada beberapa teori yang mengatakan kononnya gelombang yang dikeluarkan untuk menghasilkan capaian 5G ini berbahaya selain radiasi elektomagnetik yang dikeluarkan oleh alat telekomunikasi 5G ini mampu mendatangkan mudarat.

Hakikatnya, pancaran yang dikeluarkan amat jauh dari spektrum berbahaya dan ianya sama seperti gelombang yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro serta pancaran radio yang sudah berada di dunia berabad-abad lamanya tanpa meninggalkan kesan sampingan.

3. Sama Sahaja Dengan 4G

Berbanding rangkaian 4G semasa, 5G akan menawarkan 10-100 kali lebih kelajuan, dengan latensi yang lebih rendah dan kapasiti 1,000 kali ganda. 

Tapi, ini bukan bermaksud rangkaian 5G akan menggantikan sepenuhnya 4G dalam masa terdekat tetapi akan tetap berjalan bersama rangkaian 4G sedia ada, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, sama seperti 4G masih beroperasi disamping 3G. 

Apa Sebenarnya 5G Tu?

Menurut Verizon, 5G secara mudahnya adalah teknologi tanpa wayar (wireless) generasi ke-5. Untuk fahami lebih lanjut, kita perlu paham dulu satu teknologi yang digunakan sebelumnya bermula daripada 1G iaitu terhad kepada panggilan suara.

frederik lipfert exv1JefGzTU unsplash

Kemudian datang pula perkhidmatan penghantaran pesanan ringkas atau SMS yang diperkenalkan semasa ‘era’ 2G dan kemudiannya diteruskan lagi dengan adanya rangkaian 3G yang merupakan permulaan ‘zaman’ telefon pintar.

Selepas itu, rangkaian 4G pula mula diperkenalkan dengan ciri-ciri seperti sambungan yang pantas, tontonan video tanpa gangguan dan lain-lain.

Rangkaian 5G telah menunjukkan prestasi yang melepasi jangkaan dan komitmen DNB untuk menyediakan kelajuan muat turun minimum 100Mbps di seluruh rangkaian perlu disokong.

5G akan merubah cara kita hidup, bekerja dan bermain, lain dari yang kita ketahui. Kelajuan internet sepantas kilat dan saling hubung lancar serta mempunyai kuasa meningkatkan perniagaan dan merubah pengalaman harian kita.

Sumber: Forbes