in

“Tengok bola pun tak sekuat ni”- Bergegar Dari Jauh, Sorakan Peminat BLACKPINK Tarik Perhatian Penduduk Bukit Jalil

f1 konsert blackpink gegarkan bukit jalil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, 4 Mac telah berlangsungnya konsert Born Pink oleh kumpulan K-Pop wanita paling popular iaitu BLACKPINK di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun ramai peminat yang takut konsert akan berlangsung dalam keadaan hujan lebat, namun nasib baik cuaca cantik je semalam.

Apa yang menarik perhatian ketika konsert berlangsung ialah, sorakan oleh Blinks (nama peminat BLACKPINK) telah didengari oleh penduduk Bukit Jalil!


Menurut akaun Twitter @/BLACKPINKSTATS5, seorang warganet yang tinggal berhampiran dengan stadium tersebut telah memuat naik video di Instagram Story.

Dalam Instagram Story berkenaan, dia telah mengatakan bahawa dia terdengar sorakan yang sangat kuat dari penonton konsert di stadium. Menurutnya lagi, sorakan oleh peminat bola sepak ketika perlawanan bola sepak pun tak sekuat itu.

Biasa la tu. mesti la peminat excited dapat tengok penyanyi kegemaran dorang buat persembahan live depan mata kan. 

Hashtag #BLACKPINKinKualaLumpur juga trending di Twitter semalam dan ramai peminat yang berkongsikan video yang sempat dirakam oleh mereka ketika konsert.

https://twitter.com/ericmixue/status/1632011337378455553

Memang all out habis peminat BLACKPINK semalam! 

Baca: “Harap esok stop lah”- Peminat Blackpink Risau Hujan Lebat Sekitar Stadium Bukit Jalil

konsert blackpink hujan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.