Impak siri Squid Game dari Netflix ini masih dirasakan hingga ke hari ini, selain parodi Red Light, Green Light di TikTok, ramai yang mencuba resepi Dalgona Candy daripada episod kedua siri tersebut.
Dalam episod itu, permainan yang dipanggil “Potong Gula-gula” meminta untuk para peserta ‘potong’ gula-gula yang mengukut bentuk acuan dengan menggunakan lidi pencungkil gigi.
Jika patah, ataupun tidak mengikut bentuk yang diacu peserta akan tersingkir (ditembak mati terus). Disebabkan kesan daripada episod tersebut, ramai yang ingin mencubanya.
Hanya pakai 2 bahan
Dalgona Candy (Korean Sponge Candy) adalah satu manisan dari Korea zaman dulu-dulu, pendek kata macam jajan masa childhood lah. Istilah Dalgona ini datang daripada Korea iaitu Dalguna yang membawa maksud manis.
Dikatakan Dalgona Coffee yang trending masa PKP tahun lepas itu diinspirasi daripada resipi ini lah. Nak buat Dalgona Candy ini senang je, hanya menggunakan 2 bahan yang ada di dapur kita. Cuma, cara dia agak renyah sikit, tapi tak susah pun.
2 bahan yang diperlukan adalah :
- Gula
- Baking soda
Cara-caranya :
- Letakkan gula diatas senduk, panaskan diatas api sampai gula cair
- Sambil-sambil itu kacau
- Masukkan sedikit baking soda dan kacau sampai rata
- Alaskan dengan baking paper dan tuang adunan
- Tunggu sebentar tapi jangan sampai sejuk sangat dan acukan diatas permukaan mengikut bentuk yang korang nak
- Jangan buat masa panas, sebab tak nak acu sampai ke bawah, jangan buat masa sejuk juga sebab nanti susah nak acu
- Biarkan dia sejuk dan siap!
Untuk lebih faham, korang boleh tengok video yang dekat TikTok dekat bawah ni.
@aldericc Honeycomb from Squid Game #squidgame #sgfoodie #dalgona
Ok nak try lah, alang-alang tengah tak ada buat apa-apa ni.
Baca : Wanita Jelaskan Terjemahan Sebenar Lagu ‘Red Light, Green Light’ Dalam Series Squid Game